Connect with us

Terkini

FSA2 KWSP: Institusi perbankan perlu ada konsep ta’awun

Institusi perbankan perlu mempunyai konsep ta’awun iaitu prinsip tolong-menolong kepada pelanggan dan bukan meletakkan keuntungan semata-mata, terutama dalam hal membabitkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Wartawan TMT

Published

on

FSA2 KWSP: Institusi perbankan perlu ada konsep ta'awun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Institusi perbankan perlu mempunyai konsep ta’awun iaitu prinsip tolong-menolong kepada pelanggan dan bukan meletakkan keuntungan semata-mata, terutama dalam hal membabitkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  • Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, ahli KWSP dapat dibahagi kepada dua kategori iaitu golongan yang tidak terdesak dengan keperluan kewangan dan mereka yang terdesak yang memerlukan wang untuk kelangsungan hidup.
  • Katanya, jelas bahawa mereka yang memohon FSA2 KWSP adalah golongan yang amat memerlukan dana kewangan bagi menjalani hidup yang penuh dengan cabaran pada masa ini, apatah lagi sambutan Aidilfitri yang semakin dekat menyebabkan tuntutan kepada keperluan dana sangat ditagih.

Kuala Lumpur: Institusi perbankan perlu mempunyai konsep ta’awun iaitu prinsip tolong-menolong kepada pelanggan dan bukan meletakkan keuntungan semata-mata, terutama dalam hal membabitkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, ahli KWSP dapat dibahagi kepada dua kategori iaitu golongan yang tidak terdesak dengan keperluan kewangan dan mereka yang terdesak yang memerlukan wang untuk kelangsungan hidup.

Katanya, jelas bahawa mereka yang memohon FSA2 KWSP adalah golongan yang amat memerlukan dana kewangan bagi menjalani hidup yang penuh dengan cabaran pada masa ini, apatah lagi sambutan Aidilfitri yang semakin dekat menyebabkan tuntutan kepada keperluan dana sangat ditagih.

“Oleh itu, jika pihak bank meletakkan status kewangan dan muflis sebagai antara syarat untuk meluluskan pembiayaan FSA2 KWSP maka daripada satu aspek ia dianggap baik kerana sekurang-kurangnya pihak bank melakukan pengurusan risiko hutang bagi bank itu sendiri agar mereka yang benar-benar layak dan berkemampuan membayar balik pembiayaan yang diluluskan.

“Ia juga secara tidak langsung menolong ahli KWSP mempunyai simpanan selepas hari persaraan mereka.

“Namun dari sudut lain, syarat ini agak kurang mesra rakyat kerana pihak bank juga harus faham terdapat sebahagian ahli KWSP yang begitu terdesak memerlukan dana demi kelangsungan hidup mereka.

“Cagaran simpanan KWSP sudah memadai walaupun status kewangan tidak mengizinkan atau muflis sekalipun kerana sekurang-kurangnya golongan ini akan memperoleh dana baru dan mereka akan berbelanja untuk keperluan hidup,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, dengan berlakunya corak perbelanjaan sebegitu, maka ia akan menyumbang kenaikan dalam permintaan dan kesannya ekonomi menjadi lebih positif.

Selain itu katanya, kemungkinan juga dana terbabit digunakan oleh pencarum untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan atau digunakan sebagai sumber modal bagi mengembangkan perniagaan yang dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka.

“Kita harus sedar bahawa kos sara hidup di Malaysia mengalami kenaikan tahun demi tahun apatah lagi jika kita sedang menuju menjadi negara maju.

“Secara tidak langsung dengan pembiayaan yang diperoleh itu mengelakkan risiko peningkatan bilangan orang yang terdedah kepada muflis.

“Jika ini berlaku maka risiko ketidakupayaan pembayaran balik kepada pihak bank tidak akan berlaku,” katanya.

Sebelum ini Bank Simpanan Nasional (BSN) yang mula membuka permohonan BSN MyRinggit Insan-i meletakkan syarat utama tidak muflis dan mempunyai kedudukan kewangan memuaskan bagi pencarum yang ingin memohon pembiayaan peribadi di bawah FSA2 KWSP.

BSN MyRinggit Insan-i ditawarkan dalam bentuk pembiayaan patuh syariah kepada pencarum KWSP berumur 40 hingga 50 tahun.

Selain itu, semua permohonan adalah tertakluk kepada penilaian kemampuan pembayaran yang ditetapkan untuk memastikan pemohon berkeupayaan membayar ansuran bulanan pembiayaan.

Sumber: Harian Metro

Author

Terkini

Perundangan baharu kawal selia penerbitan kalimah ‘Allah’ sedang disediakan – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.
  • “Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak JAKIM, Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan AGC dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 
  • “Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.
  • Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.

“Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 

“Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

Pada 23 Oktober 2023,  media melaporkan garis panduan baharu mengenai Arahan Pentadbiran KDN berkaitan penggunaan kalimah Allah akan diteliti dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu terbabit.

Saifuddin dilaporkan mengatakan cadangan garis panduan itu sudah dikemukakan kepada MKI selepas selesai lima sesi libat urus diadakan sebelum ini.

Katanya, KDN akan mengambil panduan hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja itu untuk mengadakan garis panduan baharu bagi isu penggunaan kalimah Allah.

KDN sebelum ini mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak, termasuk AGC, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JAKIM, Majlis Profesor Malaysia dan Persatuan-persatuan Peguam Muslim Syarie Malaysia.

Ia susulan KDN dan kerajaan Malaysia pada 15 Mei 2023 dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. 

Memetik BERNAMA, Jill Ireland dilaporkan memohon semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan cakera padat (CD) dengan tajuk mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008 dan perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah itu dalam penerbitan Kristian.

Mahkamah pada 2014 memerintahkan CD itu dipulangkan dan setelah melalui beberapa proses, memutuskan arahan KDN pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending