Connect with us

Terkini

Cukai vape: Doktor perlu siap sedia lebih banyak kes kerosakan paru-paru

Doktor- doktor di negara ini perlu bersiap sedia dengan gelombang peningkatan kes kerosakan paru-paru selepas cukai cecair vape dikuat kuasakan pada 1 April lalu. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Cukai vape: Doktor perlu siap sedia lebih banyak kes kerosakan paru-paru
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Doktor- doktor di negara ini perlu bersiap sedia dengan gelombang peningkatan kes kerosakan paru-paru selepas cukai cecair vape dikuat kuasakan pada 1 April lalu. 
  • Duti eksais itu diwartakan Kerajaan Madani walaupun vape difatwakan sebagai haram.
  • “Walaupun income tu akan jadi nett loss untuk rawat penyakit yang boleh dielakkan,” – Presiden Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
  • Kes kerosakan paru-paru sudah mula meningkat di Malaysia dan yang mengalaminya adalah dalam kalangan anak-anak muda.

KUALA LUMPUR – Doktor- doktor di negara ini perlu bersiap sedia dengan gelombang peningkatan kes kerosakan paru-paru selepas cukai cecair vape dikuat kuasakan pada 1 April lalu. 

Presiden Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris berkata duti eksais itu diwartakan Kerajaan Madani walaupun vape difatwakan sebagai haram.

“Kita kena standby untuk lebih banyak kes EVALI – e-cigarette or vaping product use lung injury.

“Bagi mereka cukai comes first sebab senang la nak tunjukkan pada rakyat berapa banyak income masuk. 

“Walaupun income tu akan jadi nett loss untuk rawat penyakit yang boleh dielakkan,” katanya dalam satu hantaran Facebook pagi tadi.

Sehubungan itu, beliau menggesa kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) agar bersiap siaga untuk menerima pesakit baharu walaupun pihak berkepentingan tidak kisah berhubung masalah rakyat.

Lung injury ke, nicotine addiction ke, bukannya boleh harapkan orang lain untuk kisah,” katanya. 

Mengulas berhubung isu tersebut, Ahmad Firdaus berkata kes kerosakan paru-paru sudah banyak menular di Amerika Syarikat.

Sementara di Malaysia pula kes itu mula meningkat dan yang mengalaminya adalah dalam kalangan anak-anak muda.

“Kepada rakan-rakan di Klinik dan Jabatan Kecemasan, jangan lupa notifikasi jika anda syak sesuatu kes adalah EVALI.

“Semoga anak-anak kita dilindungi dari bahaya produk rokok, e-cigarettes dan vape,” katanya. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Ahmad Firdaus

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *