Connect with us

Antarabangsa

Australia bakal haramkan TikTok pada telefon rasmi kerajaan

Australia ikut jejak langkah beberapa negara mengharamkan aplikasi TikTok dalam telefon kerajaan atas faktor keselamatan.

Wartawan TMT

Published

on

Australia bakal haramkan TikTok pada telefon rasmi kerajaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Australia ikut jejak langkah beberapa negara haramkan aplikasi TikTok dalam telefon kerajaan atas faktor keselamatan.
  • Pengumuman berkaitan pengharaman itu dijangka dibuat minggu ini.
  • Menurut laporan media tempatan, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese bersetuju dengan larangan itu selepas selesai semakan oleh Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri.
  • Pengurus Besar TikTok Australia, Lee Hunter sifatkan syarikat itu kecewa dengan larangan yang diumumkan menerusi media itu.

CANBERRA: Australia ikut jejak langkah beberapa negara mengharamkan aplikasi TikTok dalam telefon kerajaan atas faktor keselamatan.

Pengumuman berkaitan pengharaman itu dijangka dibuat minggu ini.

Menurut laporan media tempatan, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese bersetuju dengan larangan itu selepas selesai semakan oleh Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri.

Negeri Victoria juga akan mengharamkan aplikasi video pendek itu daripada telefon kerajaan.

Sebelum ini Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), New Zealand, Kanada, Belgium dan Suruhanjaya Eropah menguatkuasa larangan muat turun aplikasi itu daripada peranti rasmi atas kebimbangan keselamatan.

TikTok kini jadi perhatian kerana kebimbangan ia dijadikan alat untuk kerajaan China untuk menuai data pengguna.

Sementara itu, Pengurus Besar TikTok Australia, Lee Hunter sifatkan syarikat itu kecewa dengan larangan yang diumumkan menerusi media itu.

Hunter menegaskan tiada bukti mengesahkan TikTok dalam apa cara sekalipun menjadi risiko keselamatan kepada warga Australia dan tidak seharusnya dilayan secara berbeza dengan platform media sosial lain.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending