Connect with us

Terkini

Wujudkan kumpulan pakar semak maklumat ChatGPT berkaitan fatwa di Malaysia

Sebuah kumpulan yang terdiri daripada individu berkelayakan dan mempunyai kepakaran perlu diwujudkan bagi membuat semakan pengeluaran maklumat menerusi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), ChatGPT yang berkaitan hukum dan fatwa di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Wujudkan kumpulan pakar semak maklumat ChatGPT berkaitan fatwa di Malaysia
Foto: Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
  • Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, walaupun ChatGPT ibarat sebuah mesin atau robot dalam memberi penyelesaian pantas kepada setiap persoalan rumit dikemukakan, namun ia tetap perlu disediakan oleh mereka mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.
  • “Sebuah badan semakan yang diwujudkan tersebut perlulah mereka yang benar-benar berkelayakan, bukan sekadar mereka yang ada nama (popular) namun yang terlibat boleh buat kerja.”
  • “Seramai 30 orang penyelidik disasarkan nanti perlu menyelidik dan menambah baik, soalan-soalan dibaiki semula, perlu dimasukkan dalil dan hujah selepas itu ia perlu dibandingkan dengan pandangan fatwa negeri bahkan keputusan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Jawapan (dari ChatGPT) itu nanti makin lama akan makin baik dan dipercayai,” katanya selepas menyampaikan pembentangan dalam Muzakarah Garis Panduan Penggunaan ChatGPT Dalam Pengeluaran Hukum dan Fatwa di Malaysia di USIM, Nilai di sini semalam.

SEREMBAN – Sebuah kumpulan yang terdiri daripada individu berkelayakan dan mempunyai kepakaran perlu diwujudkan bagi membuat semakan pengeluaran maklumat menerusi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), ChatGPT yang berkaitan hukum dan fatwa di negara ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, walaupun ChatGPT itu ibarat sebuah mesin atau robot dalam memberi penyelesaian pantas kepada setiap persoalan rumit dikemukakan, namun ia tetap perlu disediakan oleh mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.

“Sebuah badan semakan yang diwujudkan tersebut perlulah mereka yang benar-benar berkelayakan, bukan sekadar mereka yang ada nama (popular) namun yang terlibat boleh buat kerja.

“Seramai 30 orang penyelidik yang disasarkan nanti perlu menyelidik dan menambah baik, soalan-soalan dibaiki semula, perlu dimasukkan dalil dan hujah selepas itu ia perlu dibandingkan dengan pandangan fatwa negeri bahkan keputusan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Jawapan (dari ChatGPT) itu nanti makin lama akan makin baik dan dipercayai.

“Kewujudan badan semakan ini perlu disegerakan kerana (ChatGPT) telah berjalan,” katanya selepas menyampaikan pembentangan dalam Muzakarah Garis Panduan Penggunaan ChatGPT Dalam Pengeluaran Hukum dan Fatwa di Malaysia di USIM, Nilai di sini semalam.

Turut terlibat dalam sesi pembentangan tersebut ialah pembentang Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani Mohd. Safian dan Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Madya Dr. Azwa Abdul Aziz.

ChatGPT atau Chat Generative Pre-Trained Transformer merupakan bot sembang yang diperkenalkan firma OpenAI pada akhir tahun lepas di Amerika Syarikat yang berasaskan teras model ‘chatbot’ untuk cuba meniru gaya perbualan normal manusia termasuk menulis dan menjawab soalan. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending