Connect with us

Antarabangsa

Turkiye, Sweden & Finland lanjut rundingan tawaran NATO

Turkiye setuju melanjutkan rundingan berkaitan keanggotaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan Sweden dan Finland.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Turkiye setuju melanjutkan rundingan berkaitan keanggotaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan Sweden dan Finland.
  • Menurut Ketua Perunding Sweden, Oscar Stenstrom, Turkiye bersetuju meneruskan rundingan selepas menerima dan memperakui wujud perkembangan dalam pendekatan diambil sebelum ini.
  • “Perkara positif hari ini adalah kami setuju untuk meneruskan rundingan, dan rakan kami Turkiye juga menerima dan memperakui wujud perkembangan dalam pendekatan yang diambil sebelum ini.
  • “Di pihak kami, kami akui adalah sesuatu yang asas untuk kami menjadi anggota NATO, setahun telah berlalu sejak kami bersetuju di Madrid, yang membuka jalan untuk kami menjadi anggota,” katanya.

STOCKHOLM: Turkiye setuju melanjutkan rundingan berkaitan keanggotaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan Sweden dan Finland.

Ankara mengesahkan kedua-dua negara tersebut mengambil langkah konkrit untuk memenuhi tuntutan mereka.

Menurut Ketua Perunding Sweden, Oscar Stenstrom, Turkiye bersetuju untuk meneruskan rundingan selepas menerima dan memperakui wujud perkembangan dalam pendekatan yang diambil sebelum ini.

“Perkara positif hari ini adalah kami setuju untuk meneruskan rundingan, dan rakan kami Turkiye juga menerima dan memperakui wujud perkembangan dalam pendekatan yang diambil sebelum ini.

“Di pihak kami, kami akui adalah sesuatu yang asas untuk kami menjadi anggota NATO, setahun telah berlalu sejak kami bersetuju di Madrid, yang membuka jalan untuk kami menjadi anggota,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Presiden Recep Tayyip Erdogan, Ibrahim Kalin mengakui langkah Sweden dan Finland menangani kebimbangan berkaitan keselamatan adalah positif.

Bagaimanapun ia tidak cukup untuk Turkiye meratifikasi keanggotaan mereka dalam NATO.

Sweden dan Finland memohon menganggotai NATO tahun lalu.

Namun, sehingga kini ia berdepan tentangan daripada Turkiye.

Turkiye mendakwa kedua-dua negara melindung anggota Parti Pekerja Kurdistan yang dilabel sebagai pengganas oleh Ankara.

Januari lalu, Turkiye gantung rundingan tiga pihak, susulan kontroversi protes di hadapan kedutaannya di Stockholm.

Ia berlaku selepas ahli politik haluan kanan, membakar naskah al-Quran.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending