Terkini
Terengganu: Ahli politik tidak dibenar beri kuliah, khutbah di masjid, surau
Semua ahli politik termasuk ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri (Adun) serta ahli Dewan Negara dilarang memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau di Terengganu.
- Semua ahli politik termasuk ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri (Adun) serta ahli Dewan Negara dilarang memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau di Terengganu.
- Menurut kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu, Shaikh Harun Shaikh Ismail, larangan tersebut dibuat agar semua tempat ibadat umat Islam di negeri itu tidak disalahgunakan untuk tujuan politik kepartian.
- “Semua ahli yang berhormat sama ada ahli dewan undangan negeri, ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara tidak dibenarkan bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat di masjid.
- “Ia termasuk menggunakan masjid atau surau bagi melaksanakan apa-apa aktiviti yang pengisiannya bercampur aduk dengan unsur-unsur politik kepartian.”
Semua ahli politik termasuk ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri (Adun) serta ahli Dewan Negara dilarang memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau di Terengganu.
Turut dilarang ialah penyampaian khutbah Jumaat.
Menurut kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu, Shaikh Harun Shaikh Ismail, larangan tersebut dibuat agar semua tempat ibadat umat Islam di negeri itu tidak disalahgunakan untuk tujuan politik kepartian.
“Semua ahli yang berhormat sama ada ahli dewan undangan negeri, ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara tidak dibenarkan bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat di masjid.
“Semua kepimpinan dan aktivis parti politik tidak dibenarkan menyampaikan apa-apa ceramah, kuliah atau pengajaran agama di masjid dan surau dalam Terengganu,” katanya.
Bagaimanapun menurut Shaikh Harun, pengecualian diberikan kepada pemegang tauliah mengajar atau dengan kebenaran daripada Maidam Terengganu.
Sebelum ini Majlis Agama Islam Selangor (Mais) turut mengeluarkan arahan agar pihak masjid dan surau di negeri tersebut melarang mana-mana ahli politik daripada menyampaikan ceramah atau kuliah.
Larangan tersebut dibuat bagi memelihara kesucian tempat ibadah Islam daripada dicemari politik kepartian.
Ekoran larangan itu Mais menarik balik tauliah yang pernah diberikan kepada beberapa tokoh politik.
Menurut Shaikh Harun arahan larangan tersebut – yang bertarikh 2 Mac – dikeluarkan ekoran Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, yang dukacita apabila ada ahli politik tertentu mengajar agama atau menjadi khatib dan imam solat tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Kata Shaikh Harun masjid merupakan institusi agama yang sangat penting dan mulia bagi umat Islam, selain menjadi simbol perpaduan umatnya. Justeru katanya ia perlu dimakmurkan sebaik mungkin.
Masjid dan surau, katanya, tidak boleh sama sekali digunakan untuk sebarang kegiatan yang menimbulkan keresahan atau perselisihan dalam kalangan masyarakat.
“Ia termasuk menggunakan masjid atau surau bagi melaksanakan apa-apa aktiviti yang pengisiannya bercampur aduk dengan unsur-unsur politik kepartian.
“Sultan menzahirkan rasa dukacita dengan situasi penglibatan segelintir ahli politik yang menyampaikan kuliah, ceramah atau pengajaran agama di masjid dan surau, serta bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat tanpa kebenaran Maidam,” katanya.
Shaikh Harun turut mengarahkan semua pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid serta surau di Terengganu memastikan penceramah, pengkuliah, tenaga pengajar dan khatib solat Jumaat yang dijemput mempunyai tauliah daripada Maidam.
Pada masa sama, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dikehendaki membuat pemantauan atas arahan yang dikeluarkan supaya ia dapat dipatuhi.
Sumber: Malaysia Kini
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel