Connect with us

Terkini

Terengganu agih RM9.46 juta bantuan baju sekolah buat 86 000 pelajar

Kerajaan negeri memperuntukkan RM9.46 juta untuk bantuan baju sekolah membabitkan murid dan pelajar di Terengganu, tahun ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Terengganu agih RM9.46 juta bantuan baju sekolah buat 86 000 pelajar
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat.
  • Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat berkata, peruntukan itu bakal memberi manfaat kepada 86,000 murid dan pelajar.
  • Agihan bantuan itu mula diagihkan bermula awal bulan lalu menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
  • “Khidmat Masyarakat Dun (PKM) dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) bertanggungjawab mengumpul dan mengemaskini data penerima yang layak.”
  • “Malah, pengagihan bantuan baju sekolah ini juga sudah dilakukan bermula di daerah Marang dan berakhir di Setiu,” katanya ketika menjawab soalan lisan Zuraida Md Noor (Adun Wanita) pada Mesyuarat Keempat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14 di sini, semalam. 

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri memperuntukkan RM9.46 juta untuk bantuan baju sekolah membabitkan murid dan pelajar di Terengganu, tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat berkata, peruntukan itu bakal memberi manfaat kepada 86,000 murid dan pelajar.

Beliau berkata, agihan bantuan itu mula diagihkan bermula awal bulan lalu menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

“Khidmat Masyarakat Dun (PKM) dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) bertanggungjawab mengumpul dan mengemaskini data penerima yang layak.

“Malah, pengagihan bantuan baju sekolah ini juga sudah dilakukan bermula di daerah Marang dan berakhir di Setiu,” katanya ketika menjawab soalan lisan Zuraida Md Noor (Adun Wanita) pada Mesyuarat Keempat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14 di sini, semalam.

Ketika menjawab soalan tambahan masalah yang timbul membabitkan saiz tidak sesuai, beliau berkata, YPKT akan menguruskan perkara itu.

Menurutnya, mana-mana yang menghadapi masalah saiz boleh menukar di PKM dan i-MITS masing-masing dalam tempoh sebulan bermula 14 Mac dan berakhir 14 April depan.

Sumber: Harian Metro

Author