Connect with us

Terkini

Suntikan RM500 kepada pencarum KWSP, mampu pulih dana caruman – Ahli Akademik

Langkah kerajaan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada dua juta pencarum menerusi pengumuman Belanjawan 2023, dilihat mampu memulihkan semula dana caruman mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Suntikan RM500 kepada pencarum KWSP, mampu pulih dana caruman - Ahli Akademik
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Inisiatif libatkan pengagihan hampir RM1 billion peruntukan kerajaan pada pencarum 40 hingga 54 tahun, merupakan tindakan terbaik. – Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin
  • “Jumlah RM500 ini sekiranya kekal dalam tabungan dana caruman, mereka berusia 40 tahun ketika ini akan punyai tambahan nilai lebih dari 100 peratus atau RM1,039.46 bila usia 55 tahun.”
  • “Usaha kerajaan sudah semestinya pulihkan semula peratusan pencarum KWSP 55 tahun ke bawah tidak mempunyai cukup wang bila bersara, di samping caruman berterusan oleh para pencarum turut akan pulihkan semula peratusan itu pada masa akan datang,” katanya.

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada dua juta pencarum menerusi pengumuman Belanjawan 2023, dilihat mampu memulihkan semula dana caruman mereka.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin berkata inisiatif melibatkan pengagihan hampir RM1 billion peruntukan kerajaan kepada pencarum berumur 40 hingga 54 tahun itu, merupakan tindakan terbaik.

“Jumlah RM500 ini sekiranya terus kekal di dalam tabungan dana caruman, mereka yang berusia 40 tahun ketika ini akan mempunyai tambahan nilai lebih daripada 100 peratus atau RM1,039.46 apabila mencecah usia 55 tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata usaha kerajaan itu juga sudah semestinya akan memulihkan semula peratusan pencarum KWSP berusia 55 tahun ke bawah yang tidak mempunyai cukup wang apabila bersara, di samping caruman berterusan oleh para pencarum turut akan memulihkan semula peratusan itu pada masa akan datang.

Dalam Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebanyak RM500 akan diagihkan kepada ahli KWSP yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang RM10,000 dalam Akaun 1 mereka sekali gus akan memanfaatkan hampir dua juta ahli KWSP.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak RM145 billion simpanan KWSP melalui empat pengeluaran sebelum ini telah menyebabkan bilangan ahli aktif yang mencapai Simpanan Asas RM240,000 pada usia 55 tahun menurun daripada 36 peratus pada 2020 kepada 29 peratus pada akhir 2022.

“Pengeluaran dana caruman seperti i-Lestari, i-Citra, i-Sinar dan Pengeluaran Khas sebelum ini dibuat atas situasi kecemasan terutamanya untuk survival ketika COVID-19 melanda. Justeru, tindakan meminta untuk membenarkan pengeluaran caruman KWSP dilihat kurang sesuai melihat kepada ketiadaan situasi kecemasan atau keperluan mendesak,” katanya.

Justeru, Muhammad Iqmal Hisham berkata tindakan meminta untuk membenarkan pengeluaran caruman KWSP dilihat kurang sesuai, melihat kepada ketiadaan situasi kecemasan atau keperluan mendesak.

Dalam masa sama, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata pelaburan yang diletakkan pada dana persaraan dan dividen yang diterima pencarum akan berkurangan sekiranya dana KWSP kurang daripada RM1 trilion.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya Nurulhuda Mohd Satar berkata isu jaminan sosial selepas persaraan merupakan satu masalah yang semakin meruncing dalam negara terutamanya mereka yang tidak mampu untuk membuat simpanan persaraan selain daripada KWSP.

“Pada masa ini kita (pencarum) perlu memikirkan kesan jangka panjang atau sebarang inisiatif yang dilaksanakan, terutama sekali dalam menghadapi keadaan ekonomi yang masih lagi tidak menentu. Secara dasarnya, faedah daripada langkah ini akan membawa pulangan kepada pencarum sendiri apabila pertumbuhan ekonomi dapat dijana dengan lebih pantas.

“Namun begitu, kerajaan juga haruslah memainkan peranan dalam memastikan bahawa tiada ketirisan berlaku supaya proses limpahan ke bawah (trickle down effect) benar-benar dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat,” katanya.

Nurulhuda berkata meskipun langkah kerajaan tidak membenarkan pengeluaran KWSP telah mengecewakan beberapa pihak, namun beliau menyarankan supaya pencarum sentiasa mengoptimumkan faedah daripada insentif-insentif lain yang ditawarkan kerajaan. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Terkini

Malaysia perlu kaji semula sokongan kepada “penyelesaian dua negara” Palestin – Perikatan Nasional

Kerajaan Malaysia dituntut supaya mengkaji semula polisi sokongan “penyelesaian dua negara” susulan tindakan terkini Parlimen Israel menolak penubuhan negara Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Luar Negeri Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
  • Kerajaan Malaysia dituntut supaya mengkaji semula polisi sokongan “penyelesaian dua negara” susulan tindakan terkini Parlimen Israel menolak penubuhan negara Palestin.
  • Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Luar Negeri Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata strategi diplomatik lain perlu diambil Malaysia supaya sokongan terhadap perjuangan dan hak-hak rakyat Palestin dapat dijalankan dengan lebih efektif.
  • “Susulan keputusan terkini Israel yang meluluskan rang undang-undang menolak penubuhan negara Palestin, kami menggesa Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula sokongan berterusan terhadap penyelesaian dua negara. 
  • “Langkah legislatif Israel ini mengancam potensi penyelesaian damai kepada konflik Israel-Palestin dan memerlukan penilaian semula berkenaan pendekatan kita terhadap isu kompleks ini.
  • “Melihat kepada realiti baru tersebut di lapangan, penerokaan strategi diplomatik alternatif adalah penting supaya aspirasi dan hak-hak rakyat Palestin dapat ditangani dengan lebih berkesan,” kata Wan Ahmad Fayhsal dalam kenyataan media di sini pada Isnin.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dituntut supaya mengkaji semula polisi sokongan “penyelesaian dua negara” susulan tindakan terkini Parlimen Israel menolak penubuhan negara Palestin.

Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Luar Negeri Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata strategi diplomatik lain perlu diambil Malaysia supaya sokongan terhadap perjuangan dan hak-hak rakyat Palestin dapat dijalankan dengan lebih efektif.

“Susulan keputusan terkini Israel yang meluluskan rang undang-undang menolak penubuhan negara Palestin, kami menggesa Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula sokongan berterusan terhadap penyelesaian dua negara. 

“Langkah legislatif Israel ini mengancam potensi penyelesaian damai kepada konflik Israel-Palestin dan memerlukan penilaian semula berkenaan pendekatan kita terhadap isu kompleks ini.

“Melihat kepada realiti baru tersebut di lapangan, penerokaan strategi diplomatik alternatif adalah penting supaya aspirasi dan hak-hak rakyat Palestin dapat ditangani dengan lebih berkesan,” kata Wan Ahmad Fayhsal dalam kenyataan media di sini pada Isnin.

Beliau berkata perjanjian penyelesaian dua negara bukanlah keinginan kerajaan zionis apabila rejim itu dengan jelas terus menerus menjalankan genosid (pembunuhan beramai-ramai) ke atas warga Palestin.

“Perjanjian untuk penyelesaian dua negara tidak lagi boleh dilaksanakan kerana Israel secara konsisten melanggarnya dengan melakukan genosid secara meluas ke atas rakyat Palestin.

“Undang-undang baru Israel ini menandakan kemunduran ketara dalam usaha penyelesaian dua negara. 

“Jelas sekali bahawa Israel tidak pernah berminat dengan penyelesaian dua negara, suatu perspektif didorong Perikatan Nasional supaya kerajaan berhenti mengesyorkannya,” katanya.

Perikatan Nasional turut menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) iaitu badan perundangan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan salah laku pendudukan Israel di wilayah itu yang menggesa aktiviti penempatan dihentikan serta-merta dan semua kerosakan diberikan pampasan. 

Keputusan itu menurut Perikatan Nasional secara amnya mengesahkan realiti semasa negara Palestin yang dijajah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending