Connect with us

Antarabangsa

Setelah 18 tahun larangan, kini bandar Berlin benar guru Muslim berhijab

Selepas 18 tahun larangan berhijab berkuat kuasa di Berlin, kini bandar itu membenarkan guru Muslim memakai tudung, lapor media antarabangsa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Setelah 18 tahun larangan, kini bandar Berlin benar guru Muslim berhijab
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebelum ini, sejak 2005, Berlin melarang guru-gurunya memakai tudung di bawah akta berkecuali yang menghalang penjawat awam memakai pakaian membawa simbol agama.
  • Keputusan Mahkamah beberapa tahun kebelakangan ini menggariskan bahawa larangan menyeluruh terhadap tudung merupakan diskriminasi malah melanggar kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan.
  • Menerusi surat rasmi Jabatan Pendidikan Berlin yang dihantar kepada pengarah sekolah, secara amnya, tudung kepala dan pakaian yang membawa simbol agama dibenarkan. Ia hanya boleh dilarang dalam kes-kes tertentu sekiranya pemakaian tudung mengundang bahaya kepada keamanan sekolah.

BERLIN, 30 Mac 2023 – Selepas 18 tahun larangan berhijab berkuat kuasa di Berlin, kini bandar itu membenarkan guru Muslim memakai tudung, lapor media antarabangsa.

Sebelum ini, sejak 2005, Berlin melarang guru-gurunya memakai tudung di bawah akta berkecuali yang menghalang penjawat awam memakai pakaian membawa simbol agama.

Walau bagaimanapun, keputusan Mahkamah beberapa tahun kebelakangan ini menggariskan bahawa larangan menyeluruh terhadap tudung merupakan diskriminasi malah melanggar kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan.

Menerusi surat rasmi Jabatan Pendidikan Berlin yang dihantar kepada pengarah sekolah, secara amnya, tudung kepala dan pakaian yang membawa simbol agama dibenarkan. Ia hanya boleh dilarang dalam kes-kes tertentu sekiranya pemakaian tudung mengundang bahaya kepada keamanan sekolah.

Lanjutan itu, Jabatan Senat Pendidikan, Belia dan Keluarga memaklumkan kepada pengarah sekolah bahawa mereka harus mematuhi keputusan Mahkamah.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *