Connect with us

Antarabangsa

Senat Arkansas lulus rang undang-undang larang transgender guna tandas pilihan mereka

Senat Arkansas pada 13 Mac lalu meluluskan rang undang-undang yang melarang golongan transgender daripada menggunakan tandas pilihan mereka di sekolah-sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Senat Arkansas lulus rang undang-undang larang transgender guna tandas pilihan mereka
Foto: Senat Arkansas.
  • Senat Arkansas meluluskan rang undang-undang melarang golongan transgender daripada menggunakan tandas pilihan mereka di sekolah-sekolah awam.
  • Semua sekolah awam perlu menyekat pelajar dan kakitangan daripada menggunakan tandas yang tidak sepadan dengan jantina asal mereka.
  • Undang-undang itu turut akan diguna pakai di tempat-tempat lain dalam kawasan sekolah seperti bilik persalinan dan bilik mandi.
  • Sekolah bukan tempat untuk menyampaikan agenda radikal parti sayap kiri – Gabenor Arkansas, Sarah Sanders.

ARKANSAS – Senat Arkansas pada 13 Mac lalu meluluskan rang undang-undang yang melarang golongan transgender daripada menggunakan tandas pilihan mereka di sekolah-sekolah awam.

Satu undian parti diadakan di mana Senat bersetuju menghantar Rang Undang-Undang Dewan 1156 (HB1156) oleh Wakil Negeri Mary Bentley, R-Perryville ke Dewan untuk mempertimbangkan persetujuan mereka dengan pindaan Senat terhadap rang undang-undang itu. 

Menurut HB1156, semua sekolah awam perlu menyekat pelajar dan kakitangan daripada menggunakan tandas yang tidak sepadan dengan jantina asal seperti yang tertulis dalam sijil kelahiran mereka.

Undang-undang itu turut akan diguna pakai di tempat-tempat lain dalam kawasan sekolah seperti bilik persalinan dan bilik mandi di mana pelajar berada dalam keadaan “menanggalkan pakaian”. 

Di bawah rang undang-undang itu juga pelajar yang menyertai lawatan semalaman perlu sama ada “ditawarkan bilik tidur untuk seorang penghuni” atau berkongsi penginapan dengan satu atau lebih pelajar lain yang berjantina sama. Pelajar hanya dibenarkan berkongsi tempat tidur dengan individu berlainan jantina jika mereka merupakan ahli keluarga terdekat. 

Jurucakap Gabenor Sarah Sanders, Alexa Henning berkata governor itu “percaya sekolah bukan tempat untuk menyampaikan agenda radikal parti sayap kiri” dan akan menandatangani undang-undang yang memfokuskan kepada melindungi dan mendidik kanak-kanak, bukan merosakkan pemikiran mereka.

Senator Dan Sullivan, R-Jonesboro, yang merupakan Senat yang menaja HB1156, memberitahu senator lain bahawa “terdapat pelajar lelaki dan perempuan yang tidak berasa selamat dan tidak mahu berkongsi tandas dengan mereka berlainan jantina.”

Minggu lalu, Jawatankuasa Pendidikan Senat mengesahkan HB1155 selepas panel itu meluluskan pindaan daripada Sullivan yang bertujuan menghalang pelajar daripada “tidur dengan individu berlainan jantina” semasa lawatan sekolah.

Dewan Perwakilan Arkansas juga mengundi untuk merujuk semula kepada undang-undang yang melarang kakitangan sekolah daripada memanggil pelajar dengan ‘pronouns’ atau nama pilihan mereka.

Rang Undang-Undang 1468 oleh Wakil Wayne Long, R-Bradford memerlukan keizinan bertulis daripada ibu bapa sebelum kakitangan sekolah boleh memanggil pelajar mengikut ‘pronouns’ yang tidak sepadan dengan jantina biologikal mereka atau nama selain daripada yang ditulis dalam sijil kelahiran mereka.

Sumber: Arkansas Democrat Gazette

 

Author

Antarabangsa

Kumpulan Sunni Lubnan bergabung dengan Hizbullah perangi Israel

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush.
  • Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.
  • Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.
  • Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.
  • “Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 
  • “Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.

Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.

“Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 

“Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Menurut AP, sayap bersenjata Al-Jamaa Al-Islamiya, Fajr Force menjalankan operasi terhadap Israel dengan tumpuan utama di bandar selatan Sidon.

Takkoush percaya Israel bercita-cita untuk merampas lebih banyak wilayah, “bukan sahaja di Palestin tetapi termasuk Lubnan”.

Kumpulan itu bertindak secara bebas tetapi berkoordinasi rapat dengan Hizbullah dan cawangan Hamas Lubnan.

“Sebahagian daripada (serangan terhadap tentera Israel) dalam penyelarasan bersama Hamas yang berkoordinasi dengan Hizbullah,” kata Takkoush.

“Hubungan kami dengan Hizbullah baik dan berkembang dan ia semakin diperkukuhkan sedang kami tempuhi peperangan ini,” katanya, menjelaskan semua senjata yang mereka gunakan adalah dari senjata mereka sendiri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending