Connect with us

Terkini

Segera bentang undang-undang GEG – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa rang undang-undang dengan dasar Penamat Generasi (GEG) bagi mengenakan cukai ke atas cecair rokok elektronik dibentang dan diluluskan segera.

Wartawan TMT

Published

on

Segera bentang undang-undang GEG - CAP
Foto: Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader.
  • CAP mengalu-alukan usaha kerajaan untuk kenakan cukai ke atas cecair rokok elektronik yang selaras dengan Artikel 6 Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau (WHO FCTC). – Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohideen Abdul Kader
  • “Bagaimanapun, usaha itu perlu disusuli dengan undang-undang bagi menaikkan harga runcit dan menjadikannya tidak mampu, terutamanya kepada kanak-kanak dan remaja,” 
  • “Tindakan itu juga bagi beri gambaran positif pada masyarakat bahawa kerajaan pentingkan kebajikan khususnya golongan mudah terjejas iaitu kanak-kanak dan remaja.”
  • “Rang undang-undang itu juga perlu dibentangkan dengan segera kerana terdapat khabar angin bahawa industri tembakau mengemukakan cadangan perundangan baharu menggunakan Akta Makanan 1983 sedia ada,” katanya.

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa rang undang-undang dengan dasar Penamat Generasi (GEG) bagi mengenakan cukai ke atas cecair rokok elektronik dibentang dan diluluskan segera.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader, berkata CAP mengalu-alukan usaha kerajaan untuk mengenakan cukai ke atas cecair rokok elektronik yang selaras dengan Artikel 6 Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau (WHO FCTC).

“Bagaimanapun, usaha itu perlu disusuli dengan undang-undang bagi menaikkan harga runcit dan menjadikannya tidak mampu, terutamanya kepada kanak-kanak dan remaja,” katanya.

Tambahnya, rang undang-undang itu juga perlu dibentang dan diluluskan dengan segera bagi memastikan kredibiliti Kerajaan Perpaduan terjamin.

Katanya, tindakan itu juga bagi memberi gambaran positif kepada masyarakat bahawa kerajaan mementingkan kebajikan khususnya golongan yang mudah terjejas iaitu kanak-kanak dan remaja.

“Rang undang-undang itu juga perlu dibentangkan dengan segera kerana terdapat khabar angin bahawa industri tembakau mengemukakan cadangan perundangan baharu menggunakan Akta Makanan 1983 sedia ada.

“Kami ingin mengingatkan pelobi industri tembakau bahawa mereka akan melanggar Artikel 6 Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau (WHO FCTC),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Advertisement

Tambahnya, kerajaan hendaklah bertindak melindungi dasar kesihatan awam daripada kepentingan komersial dan industri tembakau mengikut undang-undang negara.

Katanya, kerajaan tidak seharusnya dipengaruhi oleh pelobi industri dan harus menggubal undang-undang yang melarang campur tangan sedemikian.

“Sehubungan itu, kami menggesa kerajaan supaya tidak mudah mengalah dengan desakan industri tembakau yang bermotifkan keuntungan semata-mata.

“Kebijaksanaan kerajaan dalam membuat keputusan yang tepat akan memastikan rakyat khususnya generasi akan datang bebas daripada gejala ketagihan nikotin,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending