Connect with us

Terkini

(VIDEO) “Saya tidak pernah nampak kejadian itu (Bella diberi cili dan disimbah air panas),” – Saksi

Saksi menafikan keterangannya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, adalah untuk menyelamatkan Siti Bainun Ahd Razali, daripada tuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali Bella.

Wartawan TMT

Published

on

"Saya tidak pernah nampak kejadian itu (Bella diberi cili dan disimbah air panas),” - Saksi
Foto: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
  • “Saya tidak pernah nampak kejadian itu (Bella diberi cili dan disimbah air panas) berlaku sepanjang berada di Kondominium Irama Wangsa,” katanya ketika pemeriksaan semula oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf.
  • Saksi menafikan keterangannya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, adalah untuk selamatkan Siti Bainun Ahd Razali, dari tuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali Bella.
  • Saksi pembelaan ketiga juga rakan tertuduh, Noor Marliana Ramlee, 28, menafikan terhutang budi kepada pengasas Rumah Bonda itu dan mereka-reka cerita dalam keterangannya.
  • Terdahulu ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shakira Aliana Alias, saksi itu memberitahu dia dan anak lelakinya tinggal bersama Siti Bainun di Kondominium Irama Wangsa, Wangsa Maju, kira-kira dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Saksi menafikan keterangannya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, adalah untuk menyelamatkan Siti Bainun Ahd Razali, daripada tuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali Bella.

Saksi pembelaan ketiga yang juga rakan tertuduh, Noor Marliana Ramlee, 28, menafikan terhutang budi kepada pengasas Rumah Bonda itu dan mereka-reka cerita dalam keterangannya.

“Saya hadir hari ini untuk beritahu apa yang saya tahu sahaja, bukan untuk selamatkan Siti Bainun.

“Saya tidak pernah nampak kejadian itu (Bella diberi cili dan disimbah air panas) berlaku sepanjang berada di Kondominium Irama Wangsa,” katanya ketika pemeriksaan semula oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf.

Advertisement

Terdahulu ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shakira Aliana Alias, saksi itu memberitahu dia dan anak lelakinya tinggal bersama Siti Bainun di Kondominium Irama Wangsa, Wangsa Maju, kira-kira dua tahun lalu.

Noor Marliana yang bekerja sebagai kerani di Rumah Bonda dengan pendapatan RM900 sebulan, turut menafikan menerima barangan mewah, termasuk kereta Honda Jazz daripada Siti Bainun.

Shakira: Saya katakan pendapatan RM900 ini tidak cukup untuk menanggung kehidupan kamu dan anak.

Noor Marliana: Cukup sebab saya ada suami.

Shakira: Saya katakan Siti Bainun menanggung kehidupan kamu dan keluarga.

Noor Marliana: Tidak setuju.

Advertisement

Siti Bainun diarah membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending