Connect with us

Antarabangsa

Rosakkan al-Quran, empat murid digantung sekolah

Empat murid dari sebuah sekolah menengah di West Yorkshire digantung persekolahan selepas merosakkan sebuah mushaf al-Quran.

Ziera Adurah

Published

on

Rosakkan al-Quran, empat murid digantung sekolah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Empat murid dari sebuah sekolah menengah digantung persekolahan selepas merosakkan sebuah mushaf al-Quran.
  • Insiden berlaku semasa seorang pelajar membawa kitab suci itu ke Sekolah Menengah Kettlethorpe di Wakefield.
  • Kitab itu dibawa ke sekolah oleh seorang murid sebagai ‘denda’ kerana kalah dalam permainan video Call of Duty dengan rakannya.
  • Al-Quran itu mengalami sedikit koyakan pada muka hadapan dan terdapat kesan kotoran pada beberapa halaman muka surat.

ENGLAND – Empat murid dari sebuah sekolah menengah di West Yorkshire digantung persekolahan selepas merosakkan sebuah mushaf al-Quran.

Insiden di Sekolah Menengah Kettlethorpe di Wakefield itu berlaku semasa seorang pelajar Tahun 10 membawa kitab suci itu ke sekolah.

Pengetua, Tudor Griffiths berkata al-Quran itu masih dalam keadaan baik dan “tiada niat jahat” daripada mereka yang terlibat.

Ahli Majlis Wakefield East, Akef Akbar mengadakan satu mesyuarat selepas dihubungi orang ramai yang meminta maklumat lanjut berkenaan perkara itu.

Menurutnya, dakwaan yang mengatakan al-Quran  itu dibakar dan dihancurkan adalah tidak benar dan pihaknya telah memeriksa kitab tersebut semasa mesyuarat dijalankan.

Akbar berkata beliau diberitahu kitab itu telah dibawa ke sekolah oleh seorang murid sebagai ‘denda’ kerana kalah dalam permainan video Call of Duty dengan rakannya.

Al-Quran itu mengalami sedikit koyakan pada muka hadapan dan terdapat kesan kotoran pada beberapa halaman muka surat.

Akbar berkata beliau difahamkan ia telah disepak-sepak sekitar kawasan sekolah, namun dakwaan itu dinafikan pihak sekolah.

Griffiths berkata dalam satu kenyataan: “Kami ingin menyakinkan masyarakat bahawa kitab suci itu masih dalam keadaan elok dan siasatan awal menunjukkan tiada niat jahat daripada pelajar terlibat.

“Walau bagaimanapun, kami sudah menjelaskan tindakan itu tidak menghormati al-Quran, jadi semua terlibat telah digantung sekolah dan kami akan membantu mereka untuk faham mengapa tindakan mereka itu adalah salah.

“Pagi ini, kami berjumpa dengan ketua komuniti Muslim, ahli majlis bebas dan pihak polis untuk berkongsi maklumat kami ada, tindakan yang diambil untuk memperkukuh nilai dan tingkah laku setiap ahli dalam komuniti sekolah bagi memastikan semua agama dihormati,” katanya dipetik BBC.

Jurucakap Polis West Yorkshire berkata mereka sedang bekerjasama dengan pihak sekolah itu.

“Siasatan awal mendapati terdapat kerosakan kecil terhadap kitab itu dan pihak kami sedang bekerjasama dengan pihak sekolah,” katanya.

Sumber: BBC

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tindakan pembohong dan pencuri zionis tuntut Palestin adalah tindakan keluar agama Yahudi

Tindakan pembohong dan pencuri zionis menuntut Palestin sebagai tanah asal Yahudi dan menubuhkan negara Israel adalah tindakan meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhannya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta, Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

KUALA LUMPUR – Tindakan pembohong dan pencuri zionis menuntut Palestin sebagai tanah asal Yahudi dan menubuhkan negara Israel adalah tindakan meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhannya.

Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta, Rabbi Yisroel Dovid Weiss berkata kumpulan zionis terbukti tidak menjaga ajaran agama Yahudi dan tidak layak dikaitkan dengan agama itu.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Mereka pembohong! semudah itu, mereka adalah pencuri, mereka adalah pembohong, negara Israel dicipta oleh orang-orang yang meninggalkan agama Yahudi, meninggalkan ketuhanan, meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhan, mereka secara terbuka tak menjaga (arahan agama), negara itu tak menjaga 10 Perintah (dalam agama Yahudi). 

“Saya selalu kongsi gambar masa mereka buat, masa mereka isytiharkan kemerdekaan kamu pun boleh nampak, orang Yahudi kena tutup kepala seperti saya, semua Yahudi lelaki perlu menutup kepala mereka.

“Kamu boleh lihat (mereka yang) duduk pada hari-hari bersejarah pengisytiharan kemerdekaan, kamu lihat sini David Ben Gurion, ini gambar Herzl, hampir kesemua mereka tidak menutup kepala mereka.

“Ia satu sandiwara, ia adalah gurauan (bahawa) mereka menubuhkan sebuah negara Yahudi, jadi secara mudahnya ia bukan negara Yahudi, ia satu negara nasionalis yang menggunakan agama sebagai topeng, untuk menyamar, untuk menakut-nakutkan orang supaya mereka tidak bersuara menentang mereka,” kata Yisroel kepada The Merdeka Times selepas Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini hari ini.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Yisroel turut menjelaskan alasan zionis untuk menduduki tanah suci itu kerana adanya arahan 3,000 tahun dulu sebenarnya sudah berakhir 2,000 tahun dahulu atas ketetapan orang-orang Yahudi diusir atas kesilapan dan dosa mereka.

“Jadi mereka (zionis) menggunakan fakta yang tuhan berikan (arahan kepada) orang Yahudi 3,000 tahun dulu supaya memasuki tanah suci, tetapi mereka sama sekali mengabaikan fakta bahawa 2000 tahun yang lalu, kita dihantar ke pengasingan dan kita dilarang sebagai orang Yahudi untuk mewujudkan negara Yahudi.

“Dan pastinya (memasuki Palestin) bukan dengan membunuh dan mencuri, dan pastinya – orang Islam dan orang Arab yang bersahabat dengan Yahudi yang mengambil Yahudi masuk sehingga kami mampu hidup, jadi kami harus menunjukkan rasa syukur kepada mereka ini.

“Apa sahaja yang mereka lakukan adalah bercanggah sama sekali dengan agama Yahudi. Dan itulah sebabnya kamu boleh dapati bahawa orang Yahudi telah berdemonstrasi selama 76 tahun di jalan-jalan Baitulmaqdis, mereka dipukul dengan kejam, ditangkap dan dibunuh dan tiada siapa yang bercakap tentang itu,” kata Yisroel.

Terdahulu di dalam ucapannya, Rabbi itu menjelaskan posisi orang Yahudi yang tidak sepatutnya menubuhkan sebuah negara dengan memetik pelbagai rujukan dalam kitab Torah (Old Testament).

Beliau berkata pengusiran warga Yahudi di tanah suci itu berlaku 2,000 tahun dahulu bukan atas dasar tiada kelengkapan senjata atau Amerika tidak memberikan sumbangan mereka, tetapi ia adalah disebabkan dosa-dosa mereka sendiri.

Yisroel menegaskan Yahudi yang jujur kepada agamanya mengungkapkan dalam doa upacara mereka bahawa “oleh kerana dosa, maka kami dalam pengusiran” dan pengusiran itu menyebabkan orang Yahudi tidak dibenarkan kembali ke tanah suci itu secara besar-besaran sebagai bangsa yang menguasainya dan perkara itu merupakan sumpah perjanjian antara mereka dengan tuhan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending