Connect with us

Antarabangsa

Rang undang-undang anti-transgender meningkat dua kali ganda di AS

Jumlah rang undang-undang anti-trans melalui badan perundangan negeri di seluruh Amerika Syarikat (AS) meningkat dua kali ganda berbanding pada 2022.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Rang undang-undang anti-transgender meningkat dua kali ganda di AS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Data terkini Trans Legislation Tracker menunjukkan jumlah rang undang-undang anti-trans di seluruh Amerika Syarikat (AS) meningkat dua kali ganda berbanding 2022.
  • Perundangan semasa menyaksikan lebih 350 rang undang-undang diperkenalkan di 36 negeri berbanding hanya sekitar 170 pada tahun lalu.
  • Sejak tahun 2010-an, penggubal undang-undang negeri memperkenalkan undang-undang melindungi orang awam dari golongan transgender dan non-binary (tidak berjantina).
  • “Kami melihat usaha yang semakin meningkat untuk melenyapkan golongan transgender daripada kehidupan awam”. – Pencipta Trans Legislation Tracker, Andrew Bales.

Jumlah rang undang-undang anti-trans melalui badan perundangan negeri di seluruh Amerika Syarikat (AS) meningkat dua kali ganda berbanding pada 2022.

Menurut data terkini Trans Legislation Tracker, perundangan semasa menyaksikan lebih 350 rang undang-undang diperkenalkan di 36 negeri berbanding hanya sekitar 170 pada tahun lalu, yang juga merupakan tahun yang memecahkan rekod.

Memetik laporan Vice News, 2023 merupakan tahun keempat berturut-turut rekod itu dipecahkan.

Pencipta Trans Legislation Tracker, Andrew Bales menganggap peningkatan perundangan anti-trans itu memburukkan golongan transgender dan merupakan ‘visi kebencian’ kepada masa depan negara.

Rang undang-undang anti-trans dicadangkan di peringkat negeri dan kebangsaan meliputi perundangan untuk menyamakan rawatan pengesahan jantina kepada penderaan kanak-kanak yang dicadangkan di Wyoming serta rang undang-undang persekutuan untuk mengkodifikasikan definisi biologi ‘lelaki’ dan ‘wanita’.

Sejak 2010-an, penggubal undang-undang negeri memperkenalkan undang-undang melindungi orang awam dari golongan transgender dan non-binary (tidak berjantina).

Ia termasuk menghalang golongan transgender dari menyertai sukan mengikut kategori jantina yang tidak sepadan dengan biologi mereka dan peraturan menggunakan tandas mengikut jantina kelahiran mereka.

Selain berpendapat yang undang-undang itu menggalakkan ‘kebencian’ terhadap LGBT, Andrew juga menganggapnya sebagai satu ancaman.

“Kami melihat usaha yang semakin meningkat untuk melenyapkan golongan transgender daripada kehidupan awam,” katanya.

Sumber: Vice News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *