Connect with us

Antarabangsa

Ramadan: Israel umum sekatan terhadap rakyat Palestin ke Masjid Al-Aqsa

Israel mengumumkan sekatan terhadap rakyat Palestin untuk memasuki Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadan.

Wartawan TMT

Published

on

Ramadan: Israel umum sekatan terhadap rakyat Palestin ke Masjid Al-Aqsa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Wanita dari semua peringkat umur, kanak-kanak lelaki sehingga 12 tahun dan lelaki berusia lebih 55 tahun bagaimanapun akan dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan tanpa permit,” Agensi Anadolu memetik penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah, Mejar Jeneral Ghassan Alyan, berkata dalam satu kenyataan pada Isnin.
  • Israel akan mengenakan permit kepada lelaki berumur 45 hingga 55 tahun, katanya.
  • Pegawai Israel itu juga berkata ‘kelulusan keselamatan’ diperlukan bagi rakyat Palestin di Tebing Barat untuk melawat saudara mereka di 48 wilayah, atau warga asing melawat saudara mereka di Tebing Barat.
  • Di Semenanjung Gaza, Israel mengenakan kuota terhad untuk wanita berumur 50 tahun ke atas, dan lelaki berumur 55 tahun ke atas, dari Ahad hingga Khamis, untuk memasuki Masjid Al-Aqsa, menurut kenyataan itu.

ISTANBUL: Israel mengumumkan sekatan terhadap rakyat Palestin untuk memasuki Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadan.

“Wanita dari semua peringkat umur, kanak-kanak lelaki sehingga 12 tahun dan lelaki berusia lebih 55 tahun bagaimanapun akan dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan tanpa permit,” Agensi Anadolu memetik penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah, Mejar Jeneral Ghassan Alyan, berkata dalam satu kenyataan pada Isnin.

Israel akan mengenakan permit kepada lelaki berumur 45 hingga 55 tahun, katanya.

Pegawai Israel itu juga berkata ‘kelulusan keselamatan’ diperlukan bagi rakyat Palestin di Tebing Barat untuk melawat saudara mereka di 48 wilayah, atau warga asing melawat saudara mereka di Tebing Barat.

Di Semenanjung Gaza, Israel mengenakan kuota terhad untuk wanita berumur 50 tahun ke atas, dan lelaki berumur 55 tahun ke atas, dari Ahad hingga Khamis, untuk memasuki Masjid Al-Aqsa, menurut kenyataan itu.

Ketegangan meningkat di seluruh Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, susulan serbuan tentera Israel ke bandar-bandar Palestin.

Hampir 90 rakyat Palestin dan 14 warga Israel terbunuh dalam serangan berasingan sejak awal tahun ini. 

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending