Connect with us

Terkini

Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana – Anwar

Projek-projek tebatan banjir akan disegerakan untuk mengurangkan impak bencana itu di negara ini pada masa depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana - Anwar
Foto: Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kanan), di Majlis Pelepasan Pasukan Sukarelawan Perkhidmatan Awam (PSPA) Pasca Banjir ke Johor hari ini.
  • Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah diarahkan untuk menyegerakan projek-projek tebatan banjir itu.
  • “Saya telah minta Perbendaharaan untuk segerakan proses tender segera untuk mengurangkan tekanan bagi tahun-tahun akan datang,” katanya ketika berucap melancarkan Pasukan Sukarelawan Perkhidmatan Awam (PSPA) Pasca Banjir ke Johor di sini hari ini.

PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) — Projek-projek tebatan banjir akan disegerakan untuk mengurangkan impak bencana itu di negara ini pada masa depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah diarahkan untuk menyegerakan projek-projek tebatan banjir itu.

“Saya telah minta Perbendaharaan untuk segerakan proses tender segera untuk mengurangkan tekanan bagi tahun-tahun akan datang,” katanya ketika berucap melancarkan Pasukan Sukarelawan Perkhidmatan Awam (PSPA) Pasca Banjir ke Johor di sini hari ini.

Seramai 1,520 penjawat awam yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menyertai misi pascabanjir selama dua hari itu, yang dikhususkan ke kawasan yang terjejas di sekitar daerah Batu Pahat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sempena majlis pelepasan pasukan itu, misi berkenaan lebih tertumpu dan bersasar kepada aspek pembersihan fasiliti perubatan, fasiliti pendidikan, bangunan kerajaan serta tempat awam.

Pada 17 Mac lepas, Anwar mengarahkan semua jentera kementerian membantu misi pascabanjir di Johor dengan RM150 juta peruntukan tambahan telah disegerakan oleh Kementerian Kewangan.

Anwar pada majlis hari ini merakamkan penghargaan kepada semua penjawat awam yang menyertai misi pascabanjir di Johor itu serta menyifatkannya sebagai tindakan luar biasa.

“Kehadiran saudara saudari, percayalah dapat mengurangkan (beban) rakyat yang tertekan. Saya berdoa kita semua dapat jalankan tugas dengan ikhlas dan diberkati,” katanya.

Anwar berkata mahasiswa dan badan bukan kerajaan (NGO) juga telah diminta untuk membantu misi pascabanjir di Johor.

“Pascabanjir ini mencabar, kita tahu jabatan dan keluarga di Johor tidak mampu kendalikan kecuali ada usaha tambahan,” katanya.

Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat menunjukkan penurunan dengan 6,740 orang masih ditempatkan di 43 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 7,972 orang di 44 PPS yang direkodkan pada 8 malam tadi.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

 Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kandungan provokatif di media sosial meningkat ketara – MCMC

Sebanyak 35,490 kandungan provokatif telah diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 35,490 kandungan provokatif diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
  • “Sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (raja, agama dan kaum) yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Sementara, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini,” menurut kenyataan MCMC hari ini.
  • MCMC memaklumkan kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu dan ia mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 35,490 kandungan provokatif telah diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan terdapat peningkatan ketara kandungan memudaratkan di media sosial dan platform Over The Top (OTT).

“Sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (raja, agama dan kaum) yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Sementara, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu dan ia mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

“Sebarang perkongsian kandungan bersifat jelik dan mengancam merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, menurut MCMC.

Menurut MCMC, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang melampau di media sosial.

MCMC mengingatkan semua pihak supaya menghentikan hantaran provokasi dan elak daripada menulis komen-komen yang bersifat provokatif dan 3R di media sosial. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending