Connect with us

Antarabangsa

Polis UK dakwa lelaki selepas dua tuduhan cubaan membunuh berhampiran masjid

Polis United Kingdom (UK) hari ini mendakwa seorang lelaki berusia 28 tahun atas tuduhan cubaan membunuh dua lelaki warga emas yang dibakar sejurus selepas mereka keluar dari masjid dalam serangan berasingan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Polis UK dakwa lelaki selepas dua tuduhan cubaan membunuh berhampiran masjid
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis United Kingdom (UK mendakwa seorang lelaki atas tuduhan cubaan membunuh dua lelaki warga emas yang dibakar sejurus selepas mereka keluar dari masjid dalam serangan berasingan.
  • Suspek ditahan pada Selasa lalu susulan siasatan memerangi keganasan oleh pasukan polis.
  • Abbkr didakwa menyembur cecair bahan bakar ke arah dua lelaki di luar berhampiran masjid ketika mangsa keluar dari rumah ibadat itu kemudian membakar mereka, dalam kejadian di barat London pada 27 Februari serta Birmingham pada Isnin lalu.
  • Mangsa yang diserang di ibu negara Britain itu kini sedang dirawat kerana melecur teruk di muka dan lengan adalah lelaki yang berusia 82 tahun.

LONDON: Polis United Kingdom (UK) hari ini mendakwa seorang lelaki berusia 28 tahun atas tuduhan cubaan membunuh dua lelaki warga emas yang dibakar sejurus selepas mereka keluar dari masjid dalam serangan berasingan.

Polis West Midlands berkata, Mohammed Abbkr, 28, dari Edgbaston di Birmingham, tengah England, akan didakwa di mahkamah majistret bandar itu.

Suspek ditahan pada Selasa lalu susulan siasatan memerangi keganasan oleh pasukan polis.

Abbkr didakwa menyembur cecair bahan bakar ke arah dua lelaki di luar atau berhampiran masjid ketika mangsa keluar dari rumah ibadat itu dan kemudiannya membakar mereka, dalam kejadian di barat London pada 27 Februari serta Birmingham pada Isnin lalu.

Mangsa yang diserang di ibu negara Britain itu kini sedang dirawat kerana melecur teruk di muka dan lengan adalah lelaki yang berusia 82 tahun.

Menurut polis, suspek dikatakan memulakan perbualan sebelum bertindak menyiram mangsa dengan bahan dipercayai petrol bagi membakarnya.

Di serangan di Birmingham pula, Mohammed Rayaz, 70, dibakar ketika dia berjalan pulang dari sebuah masjid di kawasan Edgbaston di bandar pada petang Isnin.

Ketika ini mangsa masih dirawat di hospital dengan kecederaan parah.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai rakaman kamera keselamatan atau video lain supaya tampil membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *