Connect with us

Terkini

Pindaan selesai isu kewarganegaraan, bukan galakkan wanita kahwin dengan orang luar – Azalina

Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu kewarganegaraan anak kepada wanita rakyat Malaysia dan pasangan warga asing, yang lahir di luar negara bukan untuk menggalakkan wanita tempatan berkahwin dengan orang luar.

Wartawan TMT

Published

on

Pindaan selesai isu kewarganegaraan, bukan galakkan wanita kahwin dengan orang luar – Azalina
Foto: Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan pindaan dibuat bagi Bahagian II Jadual Kedua dan Ketiga Perlembagaan Persekutuan untuk memberi keadilan kepada anak yang dilahirkan oleh wanita Malaysia di luar negara, sama seperti anak kepada bapa warga Malaysia yang lahir di luar negara.
  • Katanya, pindaan itu untuk keadilan kepada semua lelaki dan wanita, suami dan isteri serta anak-anak yang dilahirkan di luar negara.
  • “Pindaan ini bukannya untuk kita galakkan wanita Malaysia berkahwin dengan orang asing, ini isu anak yang tidak berdosa, dilahirkan atas percintaan dan perkahwinan.”
  • “Kenapa jika bapa mereka warganegara dibenarkan dapat kewarganegaraan tetapi tidak jika ibu mereka berkahwin dengan orang asing berlaku sebaliknya,” katanya dalam temubual bersama media semalam.

KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu kewarganegaraan anak kepada wanita rakyat Malaysia dan pasangan warga asing, yang lahir di luar negara bukan untuk menggalakkan wanita tempatan berkahwin dengan orang luar.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan pindaan yang dibuat bagi Bahagian II Jadual Kedua dan Ketiga Perlembagaan Persekutuan itu untuk memberi keadilan kepada anak yang dilahirkan oleh wanita Malaysia di luar negara, sama yang seperti anak kepada bapa warga Malaysia yang lahir di luar negara.

Katanya, pindaan itu untuk keadilan kepada semua lelaki dan wanita, suami dan isteri serta anak-anak yang dilahirkan di luar negara.

“Pindaan ini bukannya untuk kita galakkan wanita Malaysia berkahwin dengan orang asing, ini isu anak yang tidak berdosa, dilahirkan atas percintaan dan perkahwinan.

“Kenapa jika bapa mereka warganegara dibenarkan dapat kewarganegaraan tetapi tidak jika ibu mereka berkahwin dengan orang asing berlaku sebaliknya,” katanya dalam temubual bersama media semalam.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari lalu bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan terhadap Bahagian I Seksyen 1(1)(d) dan Seksyen 1(1)(e) dan Bahagian II, seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua.

Keputusan dibuat sejajar dengan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk mengiktiraf kesamarataan wanita dan lelaki dalam isu berkenaan serta menyingkirkan diskriminasi terhadap wanita di negara ini.

Azalina juga menegaskan salah faham berhubung isu itu perlu ditangani dengan sebaiknya demi keadilan kepada semua warganegara.

“Saya menekan elemen undang-undang untuk keadilan semua dan apa saja pindaan dalam Perlembagaan mahu pun undang-undang lain perlu berlaku adil kepada semua .

“Pelaksanaan dengan pindaan ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mereka terbabit dengan pendaftaran kelahiran dan kewarganegaraa,” katanya.

Isu kerakyatan itu mula mendapat perhatian selepas kumpulan hak asasi Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) dan enam wanita warga Malaysia memfailkan saman pemula pada 18 Disember 2020.

Saman pemula itu difailkan bagi menuntut perisytiharan bahawa anak wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan rakyat asing, layak memperoleh kewarganegaraan secara automatik walaupun mereka dilahirkan di luar negara.

Pada 9 September 2021, mereka berjaya dalam tuntutan itu selepas Mahkamah Tinggi memutuskan bayi yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia dan pasangan rakyat asing berhak mendapat kerakyatan negara ini secara automatik.

Namun, keputusan itu berubah pada 5 Ogos lalu apabila Mahkamah Rayuan memutuskan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.

Pada 14 Disember lalu, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada enam ibu warga Malaysia dan Family Frontiers untuk meneruskan rayuan bagi menuntut hak kerakyatan berkenaan.

Ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjadikan pindaan Perlembagaan itu sebagai sebahagian daripada manifesto masing-masing.

Sumber: Berita Harian

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Ratusan penunjuk perasaan Jordan protes dan sekat trak barangan ke Israel

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penunjuk perasaan di Jordan menyekat trak barangan menuju ke Israel.
  • Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.
  • The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.
  • Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.
  • Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel, melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.
  • Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.

Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.

Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.

Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Jumaat lalu, sementara pasukan keselamatan Jordan menghalang protes di utara berhampiran sempadan Israel, penunjuk perasaan berarak dan duduk di atas jambatan bermula selepas solat Jumaat di Amman.

Protes itu dianjurkan himpunan organisasi di bawah naungan pasukan pembangkang Jordan yang dipanggil Forum Kebangsaan Menyokong Penentangan dan Gerakan Islam, lapor akhbar Al-Araby Al-Jadeed.

Slogan utama pemprotes ditujukan kepada kerajaan Jordan dan kerajaan Arab lain ialah: “Jambatan darat diperlukan untuk ke Gaza, bukan untuk zionis.”

Tiada kerajaan Arab terlibat dengan koridor darat Dubai-Haifa setakat ini mengulas secara terbuka berkaitan insiden itu.

Israel dilihat berminat untuk menonjolkan peranan laluan darat yang bakal membantunya mengelak ketegangan yang sedang berlaku di Laut Merah.

Menteri Pengangkutan Israel, Miri Regev pada Khamis lalu muncul dalam sebuah video di Mundra, India, memberi penerangan bagaimana barangan kargo yang bakal melalui UAE, Arab Saudi dan Jordan akan selamat sampai di Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending