Connect with us

Antarabangsa

Perbuatan meracuni kanak-kanak perempuan jenayah serius – Pemimpin Tertinggi Iran

Pemimpin tertinggi Iran menegaskan perbuatan meracuni pelajar sekolah adalah jenayah yang serius dan dihukum mati jika disengajakan, dalam satu gelombang serangan di sekolah di seluruh negara.

Wartawan TMT

Published

on

Perbuatan meracuni kanak-kanak perempuan jenayah serius - Pemimpin Tertinggi Iran
Foto: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
  • Pemimpin tertinggi Iran menegaskan perbuatan meracuni pelajar sekolah adalah jenayah yang serius dan dihukum mati jika disengajakan, dalam satu gelombang serangan di sekolah di seluruh negara.
  • “Pihak berkuasa harus serius mencari punca keracunan pelajar dan jika ia dibuktikan dengan sengaja, mereka yang melakukan jenayah ini tidak boleh dimaafkan dan harus dijatuhkan hukuman mati,” kata Ayatollah Ali Khamenei yang dipetik oleh TV kerajaan.
  • Keracunan bermula pada bulan November di bandar Qom dan merebak ke 25 daripada 31 wilayah Iran, mendorong beberapa ibu bapa mengeluarkan anak-anak dari sekolah dan membantah.
  • Pihak berkuasa menuduh musuhnya menggunakan serangan itu untuk menjejaskan pertubuhan ulama.

DUBAI: Pemimpin tertinggi Iran menegaskan perbuatan meracuni pelajar sekolah adalah jenayah yang serius dan dihukum mati jika disengajakan, dalam satu gelombang serangan di sekolah di seluruh negara.

Dilaporkan, lebih 1,000 kanak-kanak perempuan mengalami keracunan sejak November dan beberapa ahli politik menyalahkan perkara itu terhadap kumpulan agama yang menentang pendidikan kanak-kanak perempuan.

“Pihak berkuasa harus serius mencari punca keracunan pelajar dan jika ia dibuktikan dengan sengaja, mereka yang melakukan jenayah ini tidak boleh dimaafkan dan harus dijatuhkan hukuman mati,” kata Ayatollah Ali Khamenei yang dipetik oleh TV kerajaan.

Keracunan bermula pada bulan November di bandar Qom dan merebak ke 25 daripada 31 wilayah Iran, mendorong beberapa ibu bapa mengeluarkan anak-anak dari sekolah dan membantah.

Pihak berkuasa menuduh musuhnya menggunakan serangan itu untuk menjejaskan pertubuhan ulama.

Bagaimanapun, beberapa aktivis menuduh isu keracunan itu sebagai membalas dendam daripada protes yang berlaku sebelum ini.

“Sekarang gadis-gadis Iran membayar harga yang mahal kerana berjuang menentang hijab (tudung) wajib dan diracuni,” tulis ciapan aktivis terkemuka Iran, Masih Alinejad yang berpangkalan di New York.

Bimbang terjadi protes baharu, pihak berkuasa berusaha mengurangkan isu keracunan berkenaan.

Siasatan kehakiman sedang dijalankan, walaupun tiada butiran penemuan yang diberikan.

Sekurang-kurangnya sebuah sekolah lelaki turut menjadi sasaran di bandar Boroujerd, lapor media kerajaan. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

14 negara gesa tindakan terhadap krisis makanan kritikal di Sudan

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 14 negara termasuk Jordan, UAE, Maghribi dan Mauritania pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi jaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.
  • Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketakjaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diperburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.
  • Menurut laporan itu, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketakjaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.
  • Mereka turut menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam yang bakal memberi kesan kepada ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketidak jaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.

Menurut laporan tersebut, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketidak jaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.

Negara-negara tersebut menyatakan kegusaran terhadap penemuan laporan IPC, memetik “kemerosotan teruk” keterjaminan makanan. 

Mereka menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam, termasuk ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Kenyataan itu menggariskan cabaran kemanusiaan yang disebabkan peningkatan ketidak jaminan makanan, dengan menekankan potensi berlakunya perpindahan, aliran pelarian, dan corak penghijrahan di Sudan dan sekitar negara jiran.

Mereka juga mengulangi gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada pihak yang berperang supaya membenarkan dan memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang cepat, selamat dan berterusan kepada orang awam yang memerlukan termasuk dihapuskan birokrasi dan halangan lain-lain.

Pengeluaran visa dan permit perjalanan yang diperlukan pekerja kemanusiaan dan bekalan penting, juga harus dipermudahkan, selaras dengan resolusi 2736 yang diterima pakai pada 13 Jun 2024.

Negara-negara tersebut juga menggesa pihak yang bertelagah di Sudan supaya segera menghentikan keganasan, menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Mereka juga menyeru semua pihak luar mengelak daripada memberikan sokongan ketenteraan atau material kepada kumpulan berkonflik, sebaliknya menyokong tindakan yang mengurangkan ketegangan kepada usaha perdamaian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending