Connect with us

Terkini

Perak: Wakil rakyat, calon pilihan raya dilarang mengajar di masjid, surau – JAIPk

Jawatankuasa Pengawasan Agama Islam Negeri Perak telah menetapkan garis panduan larangan mengajar serta bersyarah dalam masjid dan surau yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Wartawan TMT

Published

on

Perak: Wakil rakyat, calon pilihan raya dilarang mengajar di masjid, surau - JAIPk
Foto: Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim.
  • Jawatankuasa Pengawasan Agama Islam Negeri Perak telah menetapkan garis panduan larangan mengajar serta bersyarah dalam masjid dan surau yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). – Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim.
  • Terdapat beberapa kategori individu dilarang daripada mengajar serta bersyarah di mana-mana masjid dan surau berdaftar dengan jabatan tersebut.
  • Pertama ialah individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara atau terpilih sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mana-mana negeri dilarang.
  • “Individu yang tiada mempunyai sebarang tauliah mengajar daripada Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak serta individu yang memegang jawatan dalam mana-mana parti politik.
  • “Individu yang menjadi calon bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil.
  • “Individu yang telah bersara sebagai Ahli Dewan Negara atau Ahli Dewan Rakyat atau ADUN serta didapati kekal aktif dalam kegiatan-kegiatan politik,” katanya dalam satu surat pekeliling di sini hari ini.

IPOH – Jawatankuasa Pengawasan Agama Islam Negeri Perak telah menetapkan garis panduan larangan mengajar serta bersyarah dalam masjid dan surau yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, terdapat beberapa kategori individu yang dilarang daripada mengajar serta bersyarah di mana-mana masjid dan surau berdaftar dengan jabatan tersebut.

Pertama, ujarnya ialah individu yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara atau terpilih sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mana-mana negeri dilarang.

“Individu yang tiada mempunyai sebarang tauliah mengajar daripada Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak serta individu yang memegang jawatan dalam mana-mana parti politik.

“Individu yang menjadi calon bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil.

“Individu yang telah bersara sebagai Ahli Dewan Negara atau Ahli Dewan Rakyat atau ADUN serta didapati kekal aktif dalam kegiatan-kegiatan politik,” katanya dalam satu surat pekeliling di sini hari ini.

Harith Fadzilah berkata, Jawatankuasa Kariah Masjid dan Jawatankuasa Surau hendaklah sentiasa memantau aktiviti mengajar atau bersyarah agar ia selari dengan matlamat pengajaran serta syarahan iaitu pengukuhan ilmu selain pemupukan perpaduan masyarakat.

JAIPk sebelum ini pernah mengeluarkan surat pekeliling bertarikh 26 Oktober 2022 yang menyatakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah bertitah pada 24 Oktober 2019 untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti politik diadakan di premis masjid atau surau baik daripada parti kerajaan mahupun pembangkang.

Turut terkandung dalam surat pekeliling tersebut termasuklah larangan untuk tidak menyampaikan sebarang bentuk ucapan serta paparan lambang dan nama parti di masjid atau surau.

Sumber: KOSMO

Author

Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending