Terkini
Pengiktirafan profesional graduan TVET beri nilai tambah – Presiden MBOT
Pengiktirafan profesional kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah nilai tambah yang akan menyumbang kepada penerimaan majikan serta industri.

- Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata pengiktirafan itu membuka banyak peluang kepada majikan di sektor awam dan swasta untuk menawarkan pakej pekerjaan.
- MBOT badan profesional yang mengiktiraf ahli teknologi dan juruteknik sebagai profesional, menyambut baik komitmen kerajaan memperkasa TVET walaupun kadar kebolehpasaran graduan TVET ialah 90 peratus namun 90 peratus daripada mereka meraih gaji kurang RM2,000 sebulan.
- “Inisiatif ini juga harus diperluas dalam bidang teknologi mendalam seperti bahan termaju, kepintaran buatan dan data raya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA: Pengiktirafan profesional kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah nilai tambah yang akan menyumbang kepada penerimaan majikan serta industri.
Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata pengiktirafan profesional kepada graduan TVET akan membuka lebih banyak peluang kepada majikan di sektor awam dan swasta untuk menawarkan pakej pekerjaan yang menyokong hasrat kerajaan bagi memperkasa golongan itu.
Beliau berkata MBOT, badan profesional yang mengiktiraf ahli teknologi dan juruteknik sebagai profesional, menyambut baik komitmen kerajaan untuk terus memperkasa TVET melalui inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini, yang mendedahkan walaupun kadar kebolehpasaran graduan TVET ialah 90 peratus namun 90 peratus daripada mereka meraih gaji kurang RM2,000 sebulan.
Katanya, penglibatan bakat TVET perlu dipertingkat dalam rantaian nilai industri yang lebih tinggi jika Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju dalam masa terdekat.
“Inisiatif ini juga harus diperluas dalam bidang teknologi mendalam seperti bahan termaju, kepintaran buatan dan data raya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Siti Hamisah berkata pengumuman kerajaan mengenai kerjasama dengan sektor swasta terutama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan institusi TVET persekutuan juga mampu membantu graduan TVET memenuhi keperluan industri dan seterusnya akan dibayar secara setimpal.
Terdapat lebih 67,000 ahli yang berdaftar dengan MBOT termasuk lebih 20,000 profesional ahli teknologi dan juruteknik bertauliah.
MBOT juga mengiktiraf lebih 800 program berkaitan teknologi dan teknikal di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menghasilkan ahli teknologi serta juruteknik.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS