Connect with us

Terkini

Penerbit, enam pelakon dan pengarah Mentega Terbang diambil keterangan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai merakam keterangan penerbit dan enam lagi pelakon filem kontroversi, Mentega Terbang di Bukit Aman, semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Penerbit, enam pelakon dan pengarah Mentega Terbang diambil keterangan
Foto: Pengarah, Penerbit dan barisan pelakon filem Mentega Terbang di Bukit Aman.
  • Setiausaha Polis Malaysia PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata proses rakam keterangan dijalankan di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
  • “PDRM merakam percakapan penerbit dan enam pelakon filem terbabit pada jam 1 tengah hari semalam (14 Mac) di pejabat USJT JSJ Bukit Aman.”
  • PDRM sahkan pengarah dan seorang pelakon filem kontroversi ‘Mentega Terbang’, dirakam keterangan pada 10 Mac lalu.
  • Individu yang telah dirakam keterangan; pelakon remaja Syumaila Salihin, Firdaus Karim, Nik Waheeda Shymala dan Khairunazwan Rodzy serta penerbit filem, Tan Meng Kheng.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai merakam keterangan penerbit dan enam lagi pelakon filem kontroversi, Mentega Terbang di Bukit Aman, semalam.

Setiausaha Polis Malaysia PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata proses rakam keterangan dijalankan di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“PDRM merakam percakapan penerbit dan enam pelakon filem terbabit pada jam 1 tengah hari semalam (14 Mac) di pejabat USJT JSJ Bukit Aman.

“Kes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 11 Mac lalu, PDRM mengesahkan pengarah dan seorang pelakon filem kontroversi ‘Mentega Terbang’, sudah dirakam keterangan pada 10 Mac lalu.

Terdahulu media melaporkan, pelakon remaja Syumaila Salihin antara pelakon yang dirakam keterangan oleh polis, semalam.

Selain Syumaila, pelakon lain yang turut dirakam keterangan adalah Firdaus Karim, Nik Waheeda Shymala dan Khairunazwan Rodzy serta penerbit filem, Tan Meng Kheng.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending