Connect with us

Terkini

Penderaan seksual murid sekolah, Paderi Michigan dijatuhi hukuman penjara

Seorang paderi dijatuhi hukuman penjara tiga hingga 15 tahun atas kesalahan merogol seorang murid sekolah rendah di sekolah Katolik pada pertengahan tahun 2000-an. 

Wartawan TMT

Published

on

Penderaan seksual murid sekolah, Paderi Michigan dijatuhi hukuman penjara
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Paderi, Joseph “Jack” Baker, 61, dijatuhi hukuman penjara tiga hingga 15 tahun atas kesalahan merogol seorang murid sekolah rendah pada pertengahan tahun 2000-an. 
  • Pada Oktober tahun lalu, dia disabitkan dengan kesalahan merogol kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.
  • Pertuduhan bermula pada 2004 di mana mangsa merupakan pelajar Tahun Dua di Sekolah Katolik St. Mary di Wayne, Michigan dan Baker adalah paderi di St. Mary Catholic Parish.
  • Mangsa dihantar ke gereja untuk mendapatkan buku, namun tertuduh meletakkannya di atas meja lalu merogolnya.

AMERIKA SYARIKAT – Seorang paderi dijatuhi hukuman penjara tiga hingga 15 tahun atas kesalahan merogol seorang murid sekolah rendah di sekolah Katolik pada pertengahan tahun 2000-an. 

Joseph “Jack” Baker, 61, dijatuhi hukuman penjara itu pada 1 Mac lalu di Mahkamah Litar Ketiga Wayne County di Detroit. 

Pada Oktober tahun lalu, dia disabitkan dengan kesalahan merogol kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

Pertuduhan bermula pada 2004 di mana mangsa merupakan pelajar Tahun Dua di Sekolah Katolik St. Mary di Wayne, Michigan dan Baker adalah paderi di St. Mary Catholic Parish.

Mangsa dihantar ke gereja untuk mendapatkan buku ketika menghadiri program keagamaan selepas waktu sekolah, namun tertuduh meletakkannya di atas meja lalu merogolnya.

Mangsa yang kini berusia pertengahan 20-an, memberitahu ibu bapanya tentang serangan seksual itu pada 2019. 

Tertuduh dan mangsa memberi keterangan masing-masing, bagaimanapun Baker berulang kali menafikan dakwaan itu ketika perbicaraan berlangsung.

Advertisement

Sumber: CNA

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending