Connect with us

Terkini

Penceramah, ahli politik perlu akur arahan tidak guna masjid untuk ceramah politik – PM

Penceramah dan ahli politik perlu akur kepada arahan sultan dan pihak berkuasa agama negeri yang melarang mana-mana pihak menggunakan masjid untuk menyampaikan ceramah berbaur politik.

Wartawan TMT

Published

on

Penceramah, ahli politik perlu akur arahan tidak guna masjid untuk ceramah politik - PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelaskan, ia bukan hanya terpakai kepada mana-mana penceramah dan tokoh agama, malah merangkumi Perdana Menteri dan Menteri Besar.
  • “Kes di Terengganu, Selangor itu adalah soal kebenaran (ceramah) di masjid. Ini yang terpakai untuk semua termasuk Perdana Menteri. Umpamanya kalau saya memilih untuk bersyarah di masjid harus ada kebenaran (tauliah) kerana ia kuasa agama di negeri itu… raja-raja.”
  • “Apa rasional dibuat kerajaan negeri ini kerana terlalu banyak adegan (ceramah) soal agama yang terlalu keras jalur politik kepartiannya,” katanya ditemui media selepas hadir pada Majlis Perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini.
  • Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menegaskan bukan jadi satu kesalahan untuk ahli politik berikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau-surau.

PUTRAJAYA: Penceramah dan ahli politik perlu akur kepada arahan sultan dan pihak berkuasa agama negeri yang melarang mana-mana pihak menggunakan masjid untuk menyampaikan ceramah berbaur politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, ia bukan hanya terpakai kepada mana-mana penceramah dan tokoh agama, malah juga merangkumi Perdana Menteri dan Menteri Besar.

“Kes di Terengganu, Selangor itu adalah soal kebenaran (ceramah) di masjid. Ini yang terpakai untuk semua termasuk Perdana Menteri. Umpamanya kalau saya memilih untuk bersyarah di masjid harus ada kebenaran (tauliah) kerana ia kuasa agama di negeri itu… raja-raja.

“Kebetulan orang itu ustaz, tapi kuliahnya politik, yang dilarang Sultan dan majlis agama itu adalah kuliah politik oleh orang politik ini termasuk Perdana Menteri.

“Apa rasional dibuat kerajaan negeri ini kerana terlalu banyak adegan (ceramah) soal agama yang terlalu keras jalur politik kepartiannya,” katanya ditemui media selepas hadir pada Majlis Perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menegaskan bukan menjadi satu kesalahan untuk ahli politik memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau-surau.

Sebaliknya, menurut Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), itu adalah menjadi satu kewajipan untuk pemimpin bercakap mengenai politik Islam.

Mengulas lanjut Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) setuju supaya masjid terus diimarahkan dengan program serta pengisian ilmu yang membawa manfaat kepada ummah.

Namun katanya, batas mesti dijaga bagi mengelak rumah ibadah itu menjadi medan pihak tertentu untuk menyuburkan agenda politiknya.

“Semalam di depan tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) pada majlis agama Islam, didalam ucapan saya sebut kepada tuanku bahawa masjid boleh diamarahkan tapi tidak dibenarkan menjadi kuliah politik.

“Di Perak sendiri, Menteri Besar maklumkan beliau pun tak dibenarkan berucap di masjid. Malah, didepan tuanku Sultan Selangor, tuanku membuat keputusan itu sebelum menemui saya (maknanya) bukan berunding dengan saya,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Abdul Hadi mengenai Kerajaan Perpaduan akan jatuh, Anwar menjelaskan itu hanya naratif yang dibawa Ahli Parlimen Marang itu saja.

“Dalam kenyataan dia (Abdul Hadi), harus jaga supaya tidak menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu dan berbicara Perlembagaan juga ada kaedahnya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending