Connect with us

Terkini

MRSM berbayar tidak guna peruntukan kerajaan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi jaminan penubuhan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berbayar tidak akan menggunakan peruntukan kerajaan atau dibina di atas tanah rakyat miskin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

MRSM berbayar tidak guna peruntukan kerajaan
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi jaminan penubuhan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berbayar tidak akan menggunakan peruntukan kerajaan atau dibina di atas tanah rakyat miskin.
  • Beliau juga kerajaan akan menggunakan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk pembiayaan MRSM terbabit.
  • “Kerajaan juga sudah melakukan kajian kebolehlaksanaan dan melihat ramai pelajar yang berkelayakan untuk memasuki MRSM, tetapi tidak layak dari segi pendapatan ibu bapa.”
  • “Tanpa berkompromi dari segi kualiti dan kelulusan minimum akademik, kita akan membuka ruang seluas-luasnya untuk anak golongan T20, M40 dan alumni memasuki MRSM ,” katanya.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi jaminan penubuhan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berbayar tidak akan menggunakan peruntukan kerajaan atau dibina di atas tanah rakyat miskin.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), berkata kerajaan akan menggunakan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk pembiayaan MRSM terbabit.

Katanya, permintaan untuk memasuki MRSM berada di tahap lebih 300 peratus daripada kemampuan dan hal itu perlu ditangani serta dilakukan dengan kaedah di luar kotak.

“Kerajaan juga sudah melakukan kajian kebolehlaksanaan dan melihat ramai pelajar yang berkelayakan untuk memasuki MRSM, tetapi tidak layak dari segi pendapatan ibu bapa.

“Tanpa berkompromi dari segi kualiti dan kelulusan minimum akademik, kita akan membuka ruang seluas-luasnya untuk anak golongan T20, M40 dan alumni memasuki MRSM ,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Syed Saddiq (PN-Muar) berhubung proses dan sumber pendanaan untuk membina MRSM berbayar.

Sebelum ini, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan MRSM berbayar diwujudkan khusus untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi.

Beliau berkata, cadangan itu adalah hasil pandangan yang diperoleh daripada ramai pihak.

Asyraf Wajdi berkata, MRSM berbayar itu boleh diuruskan oleh Kumpulan Mara Corporation (Mara Corp).

Beliau percaya, wujud permintaan oleh ibu bapa daripada golongan elit yang mahu anak mereka memasuki sistem MRSM.

“Mereka sanggup menanggung kosnya walaupun berkemampuan menghantar anak ke sekolah-sekolah elit swasta antarabangsa.

“Ini kerana MRSM terbukti sebagai satu jenama yang sudah terpahat dalam minda masyarakat sebagai institusi pendidikan yang unik dan berkualiti tinggi,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *