Connect with us

Terkini

MOTAC cadang wajibkan syarikat pengendali umrah sediakan perjanjian dengan jemaah

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bercadang mewajibkan setiap syarikat pengendali umrah supaya menyediakan perjanjian dengan jemaah dalam usaha melindungi hak pengguna.

Wartawan TMT

Published

on

MOTAC cadang wajibkan syarikat pengendali umrah sediakan perjanjian dengan jemaah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bercadang mewajibkan setiap syarikat pengendali umrah supaya menyediakan perjanjian dengan jemaah dalam usaha melindungi hak pengguna.
  • Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata perjanjian itu antara lain menyatakan terma dan syarat terpakai, jadual, pakej yang ditawarkan berserta peruntukan mengenai ganti rugi sekiranya terdapat salah laku oleh syarikat pengendali umrah atau jemaah.
  • “Ia adalah selaras dengan Peraturan 6(1A)(d) di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482),” katanya menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengenai langkah diambil kerajaan untuk menangani isu kenaikan kos mengerjakan ibadah umrah di Arab Saudi, menerusi laman sesawang Parlimen semalam.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bercadang mewajibkan setiap syarikat pengendali umrah supaya menyediakan perjanjian dengan jemaah dalam usaha melindungi hak pengguna.

Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata perjanjian itu antara lain menyatakan terma dan syarat terpakai, jadual, pakej yang ditawarkan berserta peruntukan mengenai ganti rugi sekiranya terdapat salah laku oleh syarikat pengendali umrah atau jemaah.

“Ia adalah selaras dengan Peraturan 6(1A)(d) di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482),” katanya menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengenai langkah diambil kerajaan untuk menangani isu kenaikan kos mengerjakan ibadah umrah di Arab Saudi, menerusi laman sesawang Parlimen semalam.

Dalam pada itu, Tiong berkata MOTAC melihat secara serius isu peningkatan harga kos umrah melibatkan kos penginapan, logistik dan tiket penerbangan dengan ia didakwa berlaku berikutan permintaan yang tinggi daripada jemaah seluruh dunia.

Beliau berkata pihaknya mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Luar, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Suruhanjaya Persaingan Malaysia, Malaysia Airlines Berhad dan AMAL by Malaysia Airlines pada 31 Jan lepas.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil persatuan pengendali umrah iaitu Persatuan Syarikat Pengendali Pelancongan Bumiputera Malaysia; Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia; dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji.

“Berdasarkan mesyuarat tersebut MOTAC, Kementerian Pengangkutan dan AMAL by Malaysia Airlines akan mengadakan perbincangan lanjut untuk mengenal pasti strategi penyeragaman agihan jualan tiket penerbangan bagi meminimumkan kenaikan kos penerbangan umrah,” katanya.

Beliau berkata secara tidak langsung, ia akan memberi ruang kepada syarikat pengendali umrah mendapat harga tiket penerbangan yang lebih kompetitif untuk ditawarkan kepada jemaah umrah. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending