Connect with us

Antarabangsa

Missouri bakal haramkan pendidikan LGBTQ untuk semua gred

Penggubal undang-undang Missouri berhujah pada Rabu mengenai rang undang-undang yang akan mengharamkan mata pelajaran pendidikan LGBTQ untuk semua gred di sekolah awam negeri itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Missouri bakal haramkan pendidikan LGBTQ untuk semua gred
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggubal undang-undang Missouri berhujah pada Rabu mengenai rang undang-undang yang akan mengharamkan mata pelajaran pendidikan LGBTQ untuk semua gred di sekolah awam negeri itu.
  • Undang-undang Florida melarang subjek LGBTQ diajarkan dari tadika hingga gred ketiga serta sebarang pelajaran mengenai topik tersebut untuk pelajar mana-mana gred juga diharamkan jika ia tidak sesuai dengan umur.

JEFFERSON CITY, Mo. – Penggubal undang-undang Missouri berhujah pada Rabu mengenai rang undang-undang yang akan mengharamkan mata pelajaran pendidikan LGBTQ untuk semua gred di sekolah awam negeri itu.

Cadangan itu dimodelkan selepas undang-undang pendidikan Florida diluluskan tahun lalu, yang mana penyokong melihatnya melindungi “hak ibu bapa” sementara lawan  menggelarnya sebagai undang-undang “Jangan Katakan Gay”.

Rang undang-undang Missouri yang dibahaskan dalam sesi pendengaran jawatankuasa dewan negeri akan melarang kakitangan sekolah awam K-12 daripada mengajar tentang identiti jantina dan orientasi seksual, lapor NBC News.

Undang-undang Florida melarang subjek LGBTQ diajarkan dari tadika hingga gred ketiga serta sebarang pelajaran mengenai topik itu untuk pelajar mana-mana gred juga diharamkan jika ia tidak sesuai dengan umur.

“Pendedahan kepada topik sedemikian adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak, mewujudkan kekeliruan yang kemudiannya boleh menyebabkan keraguan dalam identiti mereka.

“Ia bukanlah tempat sekolah untuk mengindoktrinasi anak-anak kita dengan mendedahkan mereka kepada kurikulum dan kursus jantina dan identiti seksual,” kata bekas guru dan penaja rang undang-undang Missouri dari Republikan, Ann Kelley.

Kelley berkata rang undang-undang itu perlu dipinda supaya tidak mengehadkan pengajaran untuk kursus Penempatan Lanjutan. 

Wakil Demokrat, Ian Mackey yang juga merupakan bekas guru berstatus gay, bertanya kepada Kelley sama ada dia “menjadi gay di dalam bilik darjah” dan tidak menyembunyikannya daripada pelajar akan dihadkan di bawah rang undang-undang itu.

“Adakah anda pernah memberitahu pelajar anda tentang kepercayaan anda?” Kelley bertanya kepada Mackey.

“Mereka tahu saya gay… Mereka akan melihat cincin perkahwinan saya dan mereka akan bertanya mengenainya dan saya akan mengatakan saya mempunyai suami,” kata Mackey.

Sumber : NBC NEWS

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *