Terkini
Menteri Agama arah JAWI kerjasama dengan polis siasat ‘perarakan LGBT’
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat mengenai perhimpunan dan perarakan di ibu negara baru-baru ini, yang dikaitkan dengan kelompok LGBT.
- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat perhimpunan dan perarakan di ibu negara baru-baru ini yang dikaitkan dengan kelompok LGBT.
- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menasihatkan semua pihak agar akur dan menghormati kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
- “Apa-apa usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam dan fitrah insan adalah tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
- ‘Perarakan LGBT’ di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka pada Ahad lalu itu, dilihat berselindung di sebalik penganjuran perhimpunan Women’s March Malaysia 2023 apabila sebahagian peserta memegang bendera pelangi yang merupakan simbol LGBT.
KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat mengenai perhimpunan dan perarakan di ibu negara baru-baru ini, yang dikaitkan dengan kelompok LGBT.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata arahan itu dikeluarkan selepas Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerima laporan dan maklum balas masyarakat berkaitan perhimpunan dan perarakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka di ibu negara pada Ahad lalu.
Katanya, selaku pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan, JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menasihatkan semua pihak agar akur dan menghormati kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Apa-apa usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam dan fitrah insan adalah tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Ketua Penerangan Armada Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim menggesa Mohd Na’im mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ‘perarakan LGBT’ di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka pada Ahad lalu.
‘Perarakan LGBT’ itu dilihat berselindung di sebalik penganjuran perhimpunan Women’s March Malaysia 2023 apabila sebahagian peserta memegang bendera pelangi yang merupakan simbol LGBT. – The Merdeka Times