Connect with us

Antarabangsa

Masjid, sekolah dan kediaman orang Islam dibaling batu semasa perarakan Hindu

Ketegangan berlaku di daerah Haveri selepas beberapa aktivis Hindu didakwa membaling batu ke sebuah masjid, sekolah Urdu dan kediaman orang Islam semasa melakukan perarakan pada petang 14 Mac lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ziera Adurah

Published

on

Masjid, sekolah dan kediaman orang Islam dibaling batu semasa perarakan Hindu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Beberapa orang aktivis Hindu didakwa membaling batu ke sebuah masjid, sekolah Urdu dan kediaman umat Islam semasa melakukan perarakan.
  • Penguasa polis berkata kira-kira 10 kediaman dan kenderaan yang diletakkan di luar kawasan rumah telah dirosakkan.
  • Seramai 15 individu ditahan untuk siasatan.
  • Ketua Pembangkang Dewan Undangan Karnataka menggesa penyelesaian secara damai dan polis harus menjaga keamanan dengan mana-mana pihak melanggar undang-undang harus dihukum.

KARNATAKA – Ketegangan berlaku di daerah Haveri selepas beberapa aktivis Hindu didakwa membaling batu ke sebuah masjid, sekolah Urdu dan kediaman orang Islam semasa melakukan perarakan pada petang 14 Mac lalu.

Penguasa polis, Shivakumar berkata kira-kira 10 kediaman dan kenderaan yang diletakkan diluar kawasan rumah telah dirosakkan dalam insiden di Rattihalli itu dan seramai 15 individu ditahan untuk siasatan.

Menurut seorang pegawai polis, perarakan itu dilakukan sebagai penghormatan kepada Sangolli Rayanna, seorang pejuang kemerdekaan. 

Peserta juga didakwa menyerang seorang pemandu beca beragama Islam dan merosakkan kenderaannya.

Pegawai polis itu berkata peserta melakukan perhimpunan motosikal di jalan yang mereka tidak meminta kebenaran.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Karnataka, Siddaramaiah menggesa penyelesaian secara damai dan polis harus menjaga keamanan dengan mana-mana pihak melanggar undang-undang harus dihukum.

Menteri Pertanian, B.C Patil, yang mewakili Dewan Undangan Negeri Hirekerur daerah Haveri, berkata beliau tidak mengetahui tentang sebarang serangan ke atas masjid itu.

“Saya tidak tahu mengenai insiden membaling batu ke masjid itu. Tindakan itu adalah dilarang semasa perarakan Sangolli Rayanna. Pihak polis akan mengambil tindakan,” kata menteri itu.

Sumber: The Indian Express

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *