Terkini
Lelaki hadapi hampir 100 tuduhan serangan seksual, dera kanak-kanak bawah umur
Seorang lelaki di Toronto berusia 31 tahun berdepan 96 pertuduhan berkaitan serangan seksual dan penderaan kanak-kanak bawah umur menggunakan pentas media sosial, menurut polis Kanada.

- Seorang lelaki di Toronto berusia 31 tahun berdepan 96 pertuduhan berkaitan serangan seksual dan penderaan kanak-kanak bawah umur menggunakan pentas media sosial. – Polis Kanada
- Menurut detektif Vijay Shetty, Daniel Langdon, suspek yang didakwa dengan 39 pertuduhan melakukan serangan seksual, turut disyaki membuat dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak.
- “Langdon, digambarkan sebagai sangat aktif di media sosial, menggunakan beberapa nama pengguna dan alamat e-mel pada pelbagai pentas media sosial dan dalam beberapa kes, mengubah imejnya untuk kelihatan lebih muda,” katanya.
- Semasa pemeriksaan di rumah Langdon, polis menemui pornografi kanak-kanak dan bukti menunjukkan bahawa Langdon menyerang secara seksual seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun di taman Toronto.
MONTREAL: Seorang lelaki di Toronto berusia 31 tahun berdepan 96 pertuduhan berkaitan serangan seksual dan penderaan kanak-kanak bawah umur menggunakan pentas media sosial, menurut polis Kanada.
Menurut detektif Vijay Shetty, Daniel Langdon, yang didakwa dengan 39 pertuduhan melakukan serangan seksual, turut disyaki membuat dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak.
“Mangsanya antara usia tujuh hingga 17 tahun dan jenayah yang dilakukannya didakwa berlaku antara April 2021 dan Februari tahun ini.
“Langdon, yang digambarkan sebagai sangat aktif di media sosial, menggunakan beberapa nama pengguna dan alamat e-mel pada pelbagai pentas media sosial dan dalam beberapa kes, mengubah imejnya untuk kelihatan lebih muda,” kata Shetty.
Dilaporkan, mangsa yang tinggal di bahagian berlainan wilayah Ontario, wilayah paling ramai penduduk di Kanada, dipercayai antara yang disasarkan menggunakan aplikasi internet seperti Snapchat, Instagram, TikTok dan Twitter.
Semasa pemeriksaan di rumah Langdon, polis menemui pornografi kanak-kanak dan bukti yang menunjukkan bahawa Langdon menyerang secara seksual seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun di taman Toronto.
Suspek didakwa memiliki pornografi kanak-kanak setakat 2016 dan dilarang melawat taman awam atau berhubung dengan sesiapa di bawah umur 16 tahun.
Dia ditangkap pada 7 Februari dan ditahan sehingga kini. – AFP
Sumber: Berita Harian
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS