Connect with us

Terkini

Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi dibentang ke Kabinet dalam masa terdekat – Azalina

Memorandum Jemaah Menteri mengenai pendedahan Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) akan diangkat ke Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Wartawan TMT

Published

on

Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi dibentang ke Kabinet dalam masa terdekat – Azalina
Foto: Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi (Report of The Institutional Reforms Committee) oleh Council of The Eminent Person disediakan pada 2018 bertujuan mengkaji dan meneliti cadangan reformasi institusi yang dikenal pasti kerajaan.
  • “Laporan itu mengandungi pelbagai cadangan dan pandangan berhubung kekurangan serta kelemahan institusi kerajaan sedia ada.”
  • “Input-input diutarakan dalam laporan ini turut akan diambil kira dalam cadangan reformasi institusi yang bakal dilaksanakan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menjawab soalan Kapten Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) yang meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan akan mendedahkan laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi ditubuhkan pada 2018.

KUALA LUMPUR: Memorandum Jemaah Menteri mengenai pendedahan Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) akan diangkat ke Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi (Report of The Institutional Reforms Committee) oleh Council of The Eminent Person disediakan pada 2018 bertujuan mengkaji dan meneliti cadangan reformasi institusi yang dikenal pasti kerajaan.

“Laporan itu mengandungi pelbagai cadangan dan pandangan berhubung kekurangan serta kelemahan institusi kerajaan sedia ada.

“Input-input yang diutarakan dalam laporan ini turut akan diambil kira dalam cadangan reformasi institusi yang bakal dilaksanakan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Kapten Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) yang meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan akan mendedahkan laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi yang ditubuhkan pada 2018.

Sebelum ini veteran DAP, Lim Kit Siang menyokong cadangan supaya laporan IRC didedahkan kepada umum bagi membolehkan pelbagai pihak memberikan pandangan balas untuk kerajaan memperkasakan pentadbiran dan kedaulatan undang-undang.

Jawatankuasa itu dibentuk pada 15 Mei 2018 ketika pentadbiran Pakatan Harapan yang diterajui Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

IRC ketika itu dianggotai bekas Hakim Mahkamah Rayuan K C Vohrah; bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Mah Weng Kwai; Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Brig Jen (B) Mohd Arshad Raji; Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk S Ambiga dan pakar perlembagaan dan pensyarah undang-undang Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending