Connect with us

Antarabangsa

Kesatuan Guru Ireland pertahan video galak kanak-kanak tukar jantina

Pertubuhan Guru Kebangsaan Ireland (INTO) mempertahankan penggunaan video kartun kontroversi didakwa menggalakkan kanak-kanak bertukar jantina walaupun selepas kritikan menular dalam talian di mana Belfast News Letter diberitahu ia tidak disediakan untuk pelajar.

Wartawan TMT

Published

on

Kesatuan Guru Ireland pertahan video galak kanak-kanak tukar jantina
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Guru Kebangsaan Ireland (INTO) mempertahankan penggunaan video kartun kontroversi didakwa menggalakkan kanak-kanak bertukar jantina walaupun selepas kritikan menular dalam talian di mana Belfast News Letter diberitahu ia tidak disediakan untuk pelajar.
  • “Walaupun mereka mungkin mempunyai nama lelaki…mereka tahu mereka bukan lelaki dan mahu menukar nama mereka. Perkara sama boleh berlaku untuk seorang perempuan. 
  • “Dengan membuat perubahan itu, orang itu berasa lebih bahagia dan lebih seperti diri mereka sendiri. Beberapa orang mengalami ini mungkin menggunakan perkataan transgender untuk menggambarkan diri mereka sendiri,” kata guru dalam video itu.

Pertubuhan Guru Kebangsaan Ireland (INTO) mempertahankan penggunaan video kartun kontroversi didakwa menggalakkan kanak-kanak bertukar jantina walaupun selepas kritikan menular dalam talian di mana Belfast News Letter diberitahu ia tidak disediakan untuk pelajar.

“Adalah penting untuk menekankan video yang anda (laporan berita) petik bukan sebahagian daripada kurikulum rendah dan tidak digunakan sebagai sumber pengajaran di sekolah kami – ia adalah bahan sokongan untuk membantu guru menangani secara sensitif isu-isu yang timbul dari semasa ke semasa dalam bilik darjah hari ini,” kata INTO dipetik Fox News.

Dalam video itu, seorang narator menjelaskan semasa mesyuarat ibu bapa-guru, ibu seorang pelajar memberitahu bahawa anak perempuan mereka dikenal pasti sebagai lelaki dan ingin dipanggil Liam bukannya Lucy.

Guru tersebut (dalam video) berkata dia bersedia melaksanakan kelas bagi “peralihan sosial” dengan membaca buku bergambar “Memperkenalkan Teddy,” yang membawa kepada perbincangan tentang sama ada jantina boleh diubah.

“Jadi lelaki boleh berubah menjadi perempuan,” kata seorang pelajar (dalam video), mendorong yang lain turut menambah, “Dan perempuan boleh berubah menjadi lelaki.”

“Ya, kadang-kadang semasa doktor mengatakan bayi dilahirkan adalah lelaki, apabila bayi itu membesar, mereka merasakan bahawa mereka bukan lelaki …

“Walaupun mereka mungkin mempunyai nama lelaki…mereka tahu mereka bukan lelaki dan mahu menukar nama mereka. Perkara sama boleh berlaku untuk seorang perempuan. 

Advertisement

“Dengan membuat perubahan itu, orang itu berasa lebih bahagia dan lebih seperti diri mereka sendiri. Beberapa orang mengalami ini mungkin menggunakan perkataan transgender untuk menggambarkan diri mereka sendiri,” kata guru dalam video itu menjawab kedua-dua soalan di atas.

Video itu menunjukkan Liam berdiri di hadapan kelas lalu memberitahu rakan sebayanya bahawa dia memilih menukar jantina dan ia dipersetujui rakan lain.

“Apa sebenarnya yang dimaksudkan ‘mereka rasa dalam diri mereka bukan budak lelaki’? Di mana? Rasa apa? Belas kasihan/kejahilan palsu ini tidak dapat diduga dan tidak boleh dimaafkan,” ciap ahli psikologi terkenal, Dr Jordan B Peterson mengkritik video itu.

Sumber: Fox News

Author

Advertisement

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending