Connect with us

Antarabangsa

Kes keracunan pelajar sekolah merebak di Iran

Media tempatan melaporkan lebih banyak kes keracunan misteri berlaku dalam kalangan pelajar sekolah Iran di beberapa wilayah sehingga mencetuskan gesaan supaya pihak berkuasa bertindak segera berikutan kebimbangan ibu bapa yang semakin meningkat.

Wartawan TMT

Published

on

Kes keracunan pelajar sekolah merebak di Iran
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media tempatan melaporkan lebih banyak kes keracunan misteri berlaku dalam kalangan pelajar sekolah Iran di beberapa wilayah sehingga mencetuskan gesaan supaya pihak berkuasa bertindak segera berikutan kebimbangan ibu bapa yang semakin meningkat.
  • Sejak akhir November lalu, ratusan kes dilaporkan terutama di bandar suci Qom di selatan ibu negara Tehran, sekurang-kurangnya 52 sekolah dikesan.
  • Kejadian keracunan terbaharu itu terjadi kepada beberapa pelajar di dua sekolah tinggi di bandar Abhar dan di bandar Ahvaz.
  • Kelmarin, Presiden Ebrahim Raisi, berkata beliau sudah meminta Menteri Perisikan dan Dalam Negeri untuk melakukan siasatan susulan kes keracunan itu, malah menggelarnya sebagai ‘konspirasi musuh untuk menimbulkan ketakutan’ dalam kalangan rakyat.

TEHRAN: Media tempatan melaporkan lebih banyak kes keracunan misteri berlaku dalam kalangan pelajar sekolah Iran di beberapa wilayah sehingga mencetuskan gesaan supaya pihak berkuasa bertindak segera berikutan kebimbangan ibu bapa yang semakin meningkat.

Sejak akhir November, ratusan kes dilaporkan terutama di bandar suci Qom di selatan ibu negara Tehran, dengan sekurang-kurangnya 52 sekolah dikesan, menurut pengiraan rasmi yang dilaporkan semalam.

Sebahagian daripada pelajar yang terbabit dirawat di hospital.

Agensi berita ISNA yang memetik pegawai kesihatan tempatan berkata, kejadian keracunan terbaharu itu terjadi kepada beberapa pelajar di dua sekolah tinggi di bandar Abhar dan di bandar Ahvaz.

Lapor ISNA, pelajar sekolah di sebuah sekolah rendah di bandar Zanjan turut menjadi mangsa.

Agensi berita Mehr dan Ilna pula melaporkan, lebih banyak kes dilaporkan di bandar suci Mashhad, Isfahan dan Shiraz.

Laporan itu juga menyebut, puluhan pelajar perempuan dibawa ke hospital tempatan untuk di rawat.

Kelmarin, Presiden Ebrahim Raisi, berkata beliau sudah meminta Menteri Perisikan dan Dalam Negeri untuk melakukan siasatan susulan kes keracunan itu, malah menggelarnya sebagai ‘konspirasi musuh untuk menimbulkan ketakutan’ dalam kalangan rakyat.

Ditemu bual oleh agensi berita Fars, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Majid Mirahmadi pula berkata, ‘perancang meracuni kanak-kanak perempuan’ dan sedang berusaha ‘menutup sekolah’.

Katanya lagi, pihak tidak bertanggungjawab itu juga cuba mencetuskan lebih banyak protes di republik Islam itu.

Mirahmadi merujuk perkara itu terhadap gerakan protes yang dicetuskan di Iran susulan kematian Mahsa Amini, seorang etnik muda Kurdish yang ditahan kerana didakwa melanggar peraturan pakaian wanita pada 16 September lalu.

Mirahmadi berkata, kebanyakan pelajar yang terjejas mengalami komplikasi kerana ‘kebimbangan dan tekanan’.

Minggu lalu, Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Younes Panahi berkata, keracunan itu bertujuan untuk menutup pendidikan untuk kanak-kanak perempuan.

Misteri yang menyelubungi kes keracunan itu mencengkam Iran sehingga mencetuskan gelombang kemarahan di seluruh negara dan ibu bapa yang bimbang menuntut tindakan daripada pihak berkuasa. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending