Connect with us

Terkini

Kes kartel daging: Pengguna terkesan boleh saman syarikat jika ada bukti

Mana-mana pengguna produk syarikat LY Frozen Food yang terkesan dengan kes kartel daging boleh mengemukakan saman sivil terhadap syarikat berkenaan.

Rasyidah Zulkifli

Published

on

Kes kartel daging: Pengguna terkesan boleh saman syarikat jika ada bukti
Foto: Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
  • Mana-mana pengguna produk syarikat LY Frozen Food yang terkesan dengan kes kartel daging boleh mengemukakan saman sivil terhadap syarikat berkenaan.
  • Namun ia mesti dikemukakan dengan bukti kukuh dan bukan sekadar untuk menang saman sahaja.
  • “Tindakan sivil bukan semudah seperti mana yang awak sangkakan sebab dia kena ada kaitan antara orang yang saman dengan yang disaman,” – Peguam Kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla
  • Pembeli yang telah membeli daging dari syarikat berkenaan untuk satu-satu tempoh sepatutnya berjumpa di antara mereka.
  • Resit-resit pembelian terhadap syarikat kartel daging itu juga perlu disimpan sebagai bahan bukti.

KUALA LUMPUR – Mana-mana pengguna produk syarikat LY Frozen Food yang terkesan dengan kes kartel daging boleh mengemukakan saman sivil terhadap syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, ia mesti dikemukakan dengan bukti kukuh dan bukan sekadar untuk menang saman sahaja.

Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata tindakan saman sivil itu tidak semudah seperti mana disangkakan.  

“Tindakan sivil bukan semudah seperti mana yang awak sangkakan sebab dia kena ada kaitan antara orang yang saman dengan yang disaman. 

“Jadi, kalau pelanggan syarikat tersebut telah membeli di atas of course kepercayaan yang ini (daging) halal, maka mereka boleh saman. 

“Tapi nak buktikan bahawa mereka telah beli (daging), nak buktikan bila mereka beli, apakah daging mereka beli, berapa lama dia beli. Ini semua kena ditampilkan di mahkamah,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, baru-baru ini. 

Beliau berkata pengguna yang telah membeli daging dari syarikat berkenaan untuk satu-satu tempoh sepatutnya berjumpa antara mereka.

“Dan mengambil tindakan yang dipanggil tindakan berkumpulan, representative action melalui seorang peguam dan kemudian saman bagi tujuan memuaskan hati mereka kerana menjadi mangsa penipuan. 

“Jangan saman semata-mata nak duit. Saman itu kena atas prinsip diperdayai atas isu agama, itu boleh,” katanya. 

Mohamed Haniff berkata resit-resit pembelian terhadap syarikat kartel daging itu juga perlu disimpan sebagai bahan bukti.

“Itu semua kena tunjuk kerana menjadi mangsa penipuan kepada pembekal ini. Boleh tetapi kena ada buktilah, bukan semata-mata cakap,” katanya. 

Pada 2 Disember 2020, media melaporkan kewujudan kartel penyeludupan daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina di mana kartel berkenaan membungkus semula daging di gudang. 

Di gudang terletak di Senai, Johor Bahru itu kartel tersebut membuat label dan cap palsu yang ditampal pada kotak daging serta menggunakan logo halal sebelum dijual ke pasaran di seluruh negara. 

Terbaru, Pengarah Syarikat LY Frozen Food, Yong Chee Kong didenda RM1.6 juta selepas mengaku bersalah terhadap 14 pertuduhan dibacakan Hakim Fatimah Zahari. 

Chee Kong diperintahkan membayar denda RM1.5 juta terhadap tujuh pertuduhan dikenakan terhadap LY Frozen Food dan denda RM100,000 terhadap tujuh pertuduhan lain di mana jika gagal dilangsaikan, akan dipenjarakan selama enam bulan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Tindakan pembohong dan pencuri zionis tuntut Palestin adalah tindakan keluar agama Yahudi

Tindakan pembohong dan pencuri zionis menuntut Palestin sebagai tanah asal Yahudi dan menubuhkan negara Israel adalah tindakan meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhannya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta, Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

KUALA LUMPUR – Tindakan pembohong dan pencuri zionis menuntut Palestin sebagai tanah asal Yahudi dan menubuhkan negara Israel adalah tindakan meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhannya.

Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta, Rabbi Yisroel Dovid Weiss berkata kumpulan zionis terbukti tidak menjaga ajaran agama Yahudi dan tidak layak dikaitkan dengan agama itu.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Mereka pembohong! semudah itu, mereka adalah pencuri, mereka adalah pembohong, negara Israel dicipta oleh orang-orang yang meninggalkan agama Yahudi, meninggalkan ketuhanan, meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhan, mereka secara terbuka tak menjaga (arahan agama), negara itu tak menjaga 10 Perintah (dalam agama Yahudi). 

“Saya selalu kongsi gambar masa mereka buat, masa mereka isytiharkan kemerdekaan kamu pun boleh nampak, orang Yahudi kena tutup kepala seperti saya, semua Yahudi lelaki perlu menutup kepala mereka.

“Kamu boleh lihat (mereka yang) duduk pada hari-hari bersejarah pengisytiharan kemerdekaan, kamu lihat sini David Ben Gurion, ini gambar Herzl, hampir kesemua mereka tidak menutup kepala mereka.

“Ia satu sandiwara, ia adalah gurauan (bahawa) mereka menubuhkan sebuah negara Yahudi, jadi secara mudahnya ia bukan negara Yahudi, ia satu negara nasionalis yang menggunakan agama sebagai topeng, untuk menyamar, untuk menakut-nakutkan orang supaya mereka tidak bersuara menentang mereka,” kata Yisroel kepada The Merdeka Times selepas Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini hari ini.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Yisroel turut menjelaskan alasan zionis untuk menduduki tanah suci itu kerana adanya arahan 3,000 tahun dulu sebenarnya sudah berakhir 2,000 tahun dahulu atas ketetapan orang-orang Yahudi diusir atas kesilapan dan dosa mereka.

“Jadi mereka (zionis) menggunakan fakta yang tuhan berikan (arahan kepada) orang Yahudi 3,000 tahun dulu supaya memasuki tanah suci, tetapi mereka sama sekali mengabaikan fakta bahawa 2000 tahun yang lalu, kita dihantar ke pengasingan dan kita dilarang sebagai orang Yahudi untuk mewujudkan negara Yahudi.

“Dan pastinya (memasuki Palestin) bukan dengan membunuh dan mencuri, dan pastinya – orang Islam dan orang Arab yang bersahabat dengan Yahudi yang mengambil Yahudi masuk sehingga kami mampu hidup, jadi kami harus menunjukkan rasa syukur kepada mereka ini.

“Apa sahaja yang mereka lakukan adalah bercanggah sama sekali dengan agama Yahudi. Dan itulah sebabnya kamu boleh dapati bahawa orang Yahudi telah berdemonstrasi selama 76 tahun di jalan-jalan Baitulmaqdis, mereka dipukul dengan kejam, ditangkap dan dibunuh dan tiada siapa yang bercakap tentang itu,” kata Yisroel.

Terdahulu di dalam ucapannya, Rabbi itu menjelaskan posisi orang Yahudi yang tidak sepatutnya menubuhkan sebuah negara dengan memetik pelbagai rujukan dalam kitab Torah (Old Testament).

Beliau berkata pengusiran warga Yahudi di tanah suci itu berlaku 2,000 tahun dahulu bukan atas dasar tiada kelengkapan senjata atau Amerika tidak memberikan sumbangan mereka, tetapi ia adalah disebabkan dosa-dosa mereka sendiri.

Yisroel menegaskan Yahudi yang jujur kepada agamanya mengungkapkan dalam doa upacara mereka bahawa “oleh kerana dosa, maka kami dalam pengusiran” dan pengusiran itu menyebabkan orang Yahudi tidak dibenarkan kembali ke tanah suci itu secara besar-besaran sebagai bangsa yang menguasainya dan perkara itu merupakan sumpah perjanjian antara mereka dengan tuhan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending