Connect with us

Terkini

Kerajaan disaran haramkan penerimaan dana politik dari luar negara – Tengku Razaleigh

Kerajaan disaran agar mengharamkan semua pemimpin dan parti politik daripada menerima sumbangan dana politik daripada luar negara.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan disaran haramkan penerimaan dana politik dari luar negara - Tengku Razaleigh
Foto: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.
  • Sumbangan disalurkan mana-mana individu, pertubuhan, parti politik secara sukarela hanya akan mengundang amalan politik wang yang lebih berleluasa. – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah 
  • Beliau turut menggesa satu undang-undang khusus perlu digubal bagi mencegah budaya politik wang yang didakwanya terus berleluasa dalam pentadbiran parti politik di negara ini.
  • “Kita tak mahu lagi orang mendapat duit daripada mana-mana dana daripada mereka yang anti negara kita, yang anti kerajaan kita untuk membiayai aktiviti politiknya semata-mata kerana nak rosakkan demokrasi kita dan nak menumbangkan kerajaan kita secara yg tidak baik.”
  • “Saya juga cadang supaya kita haramkan kutipan derma oleh sesiapa untuk tujuan politik. Ini bererti tidak ada lagi peluang orang nak cari duit kononnya untuk parti politik mereka tetapi masuk poket masing-masing dan dia dapat mewujudkan dana dan dana itulah yang akan digunakan utk membunuh semua (musuh) politik dia dalam parti dan luar parti… dan saya rasa sampai masa kita bertegas hal ini,” kata Tengku Razaleigh.

GUA MUSANG: Kerajaan disaran agar mengharamkan semua pemimpin dan parti politik daripada menerima sumbangan dana politik daripada luar negara.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat, sumbangan yang disalurkan mana-mana individu, pertubuhan, parti politik secara sukarela hanya akan mengundang amalan politik wang yang lebih berleluasa.

Justeru, beliau turut menggesa satu undang-undang khusus perlu digubal bagi mencegah budaya politik wang yang didakwanya terus berleluasa dalam pentadbiran parti politik di negara ini.

Katanya, selama ini, disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan lemah menjadi sebab politik wang terus menular.

Dalam masa sama, kata Tengku Razaleigh, sudah tiba masanya kerajaan bertegas dan melakukan penguatkuasaan yang ketat bagi mengekang masalah politik wang.

“Nombor satu kita kena haramkan penerimaan wang daripada luar negara oleh mana-mana pihak individu, pertubuhan, sukarela ataupun parti politik.

“Kita tak mahu lagi orang mendapat duit daripada mana-mana dana daripada mereka yang anti negara kita, yang anti kerajaan kita untuk membiayai aktiviti politiknya semata-mata kerana nak rosakkan demokrasi kita dan nak menumbangkan kerajaan kita secara yg tidak baik.

“Saya juga cadang supaya kita haramkan kutipan derma oleh sesiapa untuk tujuan politik. Ini bererti tidak ada lagi peluang orang nak cari duit kononnya untuk parti politik mereka tetapi masuk poket masing-masing dan dia dapat mewujudkan dana dan dana itulah yang akan digunakan utk membunuh semua (musuh) politik dia dalam parti dan luar parti… dan saya rasa sampai masa kita bertegas hal ini,” kata Tengku Razaleigh.

Tambah Tengku Razaleigh lagi, banyak kesan tidak baik apabila politik wang diamalkan termasuklah ‘membunuh’ potensi pemimpin muda.

Katanya, isu politik wang harus ditentang secara berterusan dan berharap rakyat juga akan menyokong cadangan berkenaan.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending