Connect with us

Terkini

Akta dana politik, had tempoh jawatan PM akan dilaksana segera

Kerajaan bertekad melaksanakan langkah-langkah reformasi, terutamanya perubahan yang dilihat paling mudah dan cepat dilaksanakan atau ‘low hanging fruits’.

Wartawan TMT

Published

on

Akta dana politik, had tempoh jawatan PM akan dilaksana segera
Foto: Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Kerajaan bertekad laksanakan langkah-langkah reformasi, terutamanya perubahan yang dilihat paling mudah dan cepat dilaksanakan atau ‘low hanging fruits’. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said
  • “Kami memberi jaminan bahawa janji-janji kerajaan masih kekal dan kami tekad membawa perubahan yang dikenal pasti sebagai low hanging fruits secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.
  • Jelasnya, akta dana politik, pihaknya akan merujuk pada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan sebelum sesi libat urus diadakan bersama Ahli-Ahli Parlimen.
  • Selain itu, kertas dasar berhubung had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan dibentangkan kepada Kabinet bagi menghasilkan kata putus.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bertekad melaksanakan langkah-langkah reformasi, terutamanya perubahan yang dilihat paling mudah dan cepat dilaksanakan atau ‘low hanging fruits’.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, antara perubahan yang diusahakan termasuk akta dana politik dan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

“Jabatan Hal Ehwal Undang-Undang menghargai maklum balas daripada seluruh rakyat Malaysia dalam kami mengusahakan penambahbaikan secara berterusan.

“Kami memberi jaminan bahawa janji-janji kerajaan masih kekal dan kami tekad membawa perubahan yang dikenal pasti sebagai low hanging fruits secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, berhubung akta dana politik, pihaknya akan merujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) berkaitan sebelum sesi libat urus diadakan bersama Ahli-Ahli Parlimen.

Selain itu, kertas dasar berhubung had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan dibentangkan kepada Kabinet bagi menghasilkan kata putus.

Manakala jumlah JPKP akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, dengan pengumuman dijangka dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat tidak lama lagi.

Berhubung pemisahan kuasa antara ketua hakim negara dan pendakwa raya pula, pihaknya akan meneliti isu berkenaan selepas satu tribunal siasatan khas atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu itu diluluskan oleh Kabinet.

“Terdapat pelbagai lapisan protokol dan kelulusan yang perlu dilalui Jabatan Hal Ehwal Undang-Undang untuk melaksanakan reformasi ini.

“Kerajaan ingin memberi jaminan kepada semua pemegang taruh bahawa dengan sokongan anda serta sokongan seluruh agensi Kerajaan Perpaduan, kami akan melaksanakan reformasi ini dengan sebaik mungkin,” ujar Azalina.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending