Terkini
Kerajaan cadang wujud ambulans udara menjelang akhir tahun ini
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewujudkan perkhidmatan ambulans udara dengan menggunakan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewujudkan perkhidmatan ambulans udara dengan menggunakan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
- Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata inisiatif tersebut sekiranya dapat direalisasikan menjelang akhir tahun ini akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.
- Perkhidmatan ambulans udara, antara lain, adalah bagi usaha menyelamat mangsa di kawasan pendalaman dan kes kemalangan jalan raya di lebuh raya.
- “Apabila JBPM ambil alih, setahun boleh jimat RM15 juta dan ini adalah satu lagi inisiatif menuju ke arah Malaysia MADANI,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, semalam.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewujudkan perkhidmatan ambulans udara dengan menggunakan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata inisiatif tersebut sekiranya dapat direalisasikan menjelang akhir tahun ini akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.
Perkhidmatan ambulans udara, antara lain, adalah bagi usaha menyelamat mangsa di kawasan pendalaman dan kes kemalangan jalan raya di lebuh raya.
“Satu penggal, lima tahun kita boleh jimat RM75 juta kerana amalan kerajaan dahulu, dia outsource (sumber luar) kepada sektor swasta, kosnya RM20 juta setahun.
“Apabila JBPM ambil alih, setahun boleh jimat RM15 juta dan ini adalah satu lagi inisiatif menuju ke arah Malaysia MADANI,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, semalam.
Sementara itu, Nga memaklumkan jumlah tunggakan bayaran perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSP&PA) oleh beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) kini berjumlah RM538.26 juta.
Beliau berkata pada tahun lalu sahaja, perbelanjaan PSP&PA bagi tujuh negeri yang diuruskan SWCorp mencecah hampir RM2 bilion dengan RM1.32 bilion adalah daripada Kerajaan Persekutuan dan RM680 juta daripada PBT.
“Bagaimanapun, kerajaan menyediakan RM10 juta bagi PBT yang tidak berkemampuan iaitu hasil tahunan kurang RM10 juta setahun,” katanya.
Nga berkata jumlah kos pengurusan sisa pepejal PBT adalah berbeza mengikut saiz dan berdasarkan rekod kementerian, jumlah perbelanjaan pengurusan sisa pepejal adalah 30 hingga 80 peratus daripada hasil PBT.
Beliau berkata kementerian bersedia mengkaji semula kaedah pengurusan sisa tersebut dan semakan semula perjanjian konsesi hanya boleh dibuat seawal 2025 dengan perjanjian itu akan berakhir pada 2033.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah RM1.7 bilion bagi kementerian berkenaan dalam Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa melalui undian suara majoriti.
Sumber: Bernama
Antarabangsa
Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

- Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
- Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
- Keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
- Panel Dewan mendengar pengalaman diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang berkongsi dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa sepanjang berada di dalam kem tersebut.
WASHINGTON: Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
Ahli Kongres, Mike Gallagher yang juga Pengerusi Republikan Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan mengenai Parti Komunis China (PKC), memberitahu pemberita sebelum perbicaraan, keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
China bersungguh-sungguh menafikan penderaan di Xinjiang dan berkata, ia menubuhkan ‘pusat latihan vokasional’ untuk membendung keganasan, pemisahan dan radikalisme agama.
Perbicaraan itu adalah yang terbaru dalam siri acara yang dirancang untuk dua tahun akan datang, manakala Republikan yang mengawal Dewan Perwakilan untuk meyakinkan rakyat Amerika, bahawa mereka perlu mengambil berat untuk menyaingi China dan untuk ‘memisahkan secara terpilih’ ekonomi negara.
Panel Dewan mendengar pengalaman yang diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang bercakap melalui penterjemah, apa yang dikatakannya selama bertahun-tahun di kem di mana dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa.
Etnik Uzbekistan, Qelbinur Sidik yang ditugaskan sebagai guru di kem sedemikian melalui penterjemah, turut menggambarkan keadaan seperti penjara yang menurutnya tahanan menghadapi penyeksaan dan soal siasat.
Kedua-dua wanita itu berjaya melakukan perjalanan ke Eropah dan kini mereka menetap di sana.
Keterangan juga didengar daripada peguam terkemuka Amerika Uyghur, Nury Turkel dan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang berusaha mendokumentasikan tahap kem tahanan di Xinjiang dan Naomi Kikoler dari Muzium Memorial Holocaust AS.
Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu, berkata saksi yang dirancang jawatankuasa itu telah ‘mencipta pembohongan berkaitan Xinjiang’ berdasarkan motif politik tersembunyi.
“Kami berharap rakyat Amerika dapat mengenali wajah sebenar pasukan anti-China ini dan tidak terpedaya dengan khabar angin dan pembohongan,” kata Liu sambil menambah, hak asasi manusia semua kumpulan etnik di Xinjiang sudah ‘dilindungi sepenuhnya’.
Kerajaan AS dan parlimen di Britain, Kanada dan negara lain menyifatkan pencegahan kelahiran dan dasar penahanan besar-besaran China di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu menyatakan China mungkin sudah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di rantau itu.
Jawatankuasa dwipartisan tidak akan menulis undang-undang tetapi akan membuat cadangan dasar, pada garis masa keras terhadap China adalah salah satu daripada beberapa dasar dengan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS yang sangat berpecah belah.
Kikoler dari muzium holocaust berkata, kerajaan China menggunakan taktik halus untuk ‘memusnahkan orang Uyghur dengan sengaja’ termasuk pengawasan dan penahanan besar-besaran, penyeksaan, pemindahan kanak-kanak dan mengehadkan kelahiran.
Zenz berkata, walaupun kerajaan China mengatakan pihaknya menutup kem di Xinjiang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia adalah pusat ‘pendidikan semula’ keselamatan rendah, selain ada perluasan serentak penjara dengan keselamatan lebih tinggi atau kemudahan buruh paksa.
“Kita boleh mengandaikan ratusan ribu sudah dipindahkan ke kemudahan ini, yang telah diperluaskan secara dramatik,” katanya sambil menyatakan terdapat tanda-tanda tahanan beramai-ramai memuncak pada 2018. – REUTERS
Sumber: Berita Harian
-
Antarabangsa2 days ago
10 hakim berdepan hukuman mati di Arab Saudi
-
Terkini2 days ago
Larangan ke gereja adalah manifestasi disiplin Islam
-
Antarabangsa2 days ago
Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
-
Antarabangsa2 days ago
Peguam nafi Zakir Naik diusir dari Oman