Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Kenya tidak iktiraf perkahwinan sejenis – Presiden William Ruto

Perkahwinan sejenis tidak akan dibenarkan di Kenya memandangkan ia bertentangan dengan budaya dan tradisi negara, kata Presidennya, William Ruto.

Wartawan TMT

Published

on

Kenya tidak iktiraf perkahwinan sejenis – Presiden William Ruto
Foto: Presiden Kenya, William Ruto.
  • Perkahwinan sejenis tidak akan dibenarkan di Kenya kerana ia bertentangan dengan budaya dan tradisi negara, kata Presidennya, William Ruto.
  • “Saya seorang yang takut kepada Tuhan. Kami tidak membenarkan wanita berkahwin dengan wanita, mahupun lelaki untuk berkahwin dengan lelaki,” katanya.
  • Ruto juga menyeru semua pemimpin agama untuk mendidik rakyat Kenya agar tidak terpengaruh kepada dakyah asing seperti itu.
  • Kanun keseksaan Kenya menghukum pesalah seks “melawan peraturan alam” dengan hukuman penjara sehingga 14 tahun.

NAIROBI – Perkahwinan sejenis tidak akan dibenarkan di Kenya memandangkan ia bertentangan dengan budaya dan tradisi negara, kata Presidennya, William Ruto.

Ruto berkata demikian pada Jumaat lalu sebagai reaksi terhadap keputusan Mahkamah Agung Kenya pada 24 Februari lalu menolak rayuan Kerajaan Kenya melarang pendaftaran organisasi LGBT+.

“Saya seorang yang takut kepada Tuhan. Walaupun kami menghormati mahkamah, agama, tradisi, undang-undang dan adat kami tidak membenarkan wanita berkahwin dengan wanita, mahupun lelaki untuk berkahwin dengan lelaki.

“Jangan risau, ia tidak akan berlaku di Kenya. Kami tahu bahawa terdapat ramai orang yang menyebarkan idea ini, anak-anak kami di universiti tertekan dengan ajaran kotor ini,” katanya seperti dipetik La Prensa Latina Bilingual Media.

Ruto juga menyeru semua pemimpin agama untuk mendidik rakyat Kenya agar tidak terpengaruh kepada dakyah asing seperti itu sehingga hilang kepercayaan terhadap adat, agama Kristian dan agama Islam.

Kanun keseksaan Kenya menghukum pesalah seks “melawan peraturan alam” dengan hukuman penjara sehingga 14 tahun.

Sumber: La Prensa Latina Bilingual Media

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending