Connect with us

Antarabangsa

Kelab malam, rumah urut dilarang beroperasi sepanjang Ramadan

Kelab malam dan pusat urut di Jakarta dilarang beroperasi sepanjang bulan Ramadan.

Wartawan TMT

Published

on

Kelab malam, rumah urut dilarang beroperasi sepanjang Ramadan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Larangan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan Jakarta.
  • Ketua Bahagian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Kerajaan Negeri, Andhika Permata berkata, beberapa jenis perniagaan dilarang beroperasi bermula sehari sebelum Ramadan sehingga hari pertama Aidilfitri.
  • “Antara perniagaan terbabit seperti kelab malam, disko, spa, rumah urut, pusat sukan, pusat permainan elektronik serta bar.
  • “Bagaimanapun, larangan dikecualikan bagi bar di hotel bertaraf empat bintang ke atas dan kawasan komersial serta tidak berdekatan dengan kawasan perumahan, rumah ibadat, sekolah atau hospital,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jakarta: Kelab malam dan pusat urut di Jakarta dilarang beroperasi sepanjang bulan Ramadan.

Detik News melaporkan, larangan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan ibu kota berkenaan.

Ketua Bahagian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Kerajaan Negeri, Andhika Permata berkata, beberapa jenis perniagaan dilarang beroperasi bermula sehari sebelum Ramadan sehingga hari pertama Aidilfitri.

“Antara perniagaan terbabit seperti kelab malam, disko, spa, rumah urut, pusat sukan, pusat permainan elektronik serta bar.

“Bagaimanapun, larangan dikecualikan bagi bar di hotel bertaraf empat bintang ke atas dan kawasan komersial serta tidak berdekatan dengan kawasan perumahan, rumah ibadat, sekolah atau hospital,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Arahan itu dikeluarkan menerusi Surat Pekeliling Ketua Bahagian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Kerajaan Negeri pada 21 Mac lalu.

Menurut surat berkenaan, pengusaha diminta menjaga ketenteraman sepanjang Ramadan.

Pengusaha perniagaan pelancongan juga diminta mengekalkan suasana tenteram sepanjang Ramadan sehingga Aidilfitri.

Bukan saja mengawal waktu operasi, surat pekeliling itu turut mengandungi peruntukan penganjuran perniagaan pelancongan.

Sumber: Harian metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending