Connect with us

Terkini

Kaedah baharu ukur pendapatan garis kemiskinan diteliti

Kementerian Ekonomi bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sedang mengkaji dan meneliti kaedah pengukuran baharu bagi menggantikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang mengukur kemiskinan mutlak.

Wartawan TMT

Published

on

Kaedah baharu ukur pendapatan garis kemiskinan diteliti
Foto: Datuk Armizan Mohd Ali.
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata kaedah pengukuran baharu perlu diperhalusi dan diteliti sebaiknya dengan mengambil kira ketersediaan dan kebolehlaksanaan di peringkat lapangan.
  • “Bagi membasmi kemiskinan dan menyediakan taraf hidup yang wajar kepada kumpulan sasar ini, kerajaan komited dalam melaksanakan program pembasmian kemiskinan terutamanya dalam mencapai sifar miskin tegar pada 2025.
  • “Terdapat pelbagai program dan bantuan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat dan Negeri, khususnya bagi memastikan kadar kemiskinan dapat dinoktahkan,” katanya menerusi jawapan dimuat naik di laman sesawang Parlimen.

KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sedang mengkaji dan meneliti kaedah pengukuran baharu bagi menggantikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang mengukur kemiskinan mutlak.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata bagaimanapun kaedah pengukuran baharu perlu diperhalusi dan diteliti sebaiknya dengan mengambil kira ketersediaan dan kebolehlaksanaan di peringkat lapangan.

Beliau berkata, sehingga 28 Februari lalu, eKasih merekodkan terdapat seramai 427,213 ketua isi rumah (KIR).

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 124,519 KIR di bawah kategori miskin tegar dan 302,694 KIR pula di bawah kategori miskin.

Menurutnya, data itu adalah bersifat dinamik dan berubah dari semasa ke semasa.

“Bagi membasmi kemiskinan dan menyediakan taraf hidup yang wajar kepada kumpulan sasar ini, kerajaan komited dalam melaksanakan program pembasmian kemiskinan terutamanya dalam mencapai sifar miskin tegar pada 2025.

“Terdapat pelbagai program dan bantuan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat dan Negeri, khususnya bagi memastikan kadar kemiskinan dapat dinoktahkan,” katanya menerusi jawapan dimuat naik di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) yang meminta kerajaan menyatakan proses pemulihan kesejahteraan KIR dalam kelompok miskin dan miskin tegar menerusi data eKasih dan adakah kerajaan bersedia mengubah definisi kadar garis kemiskinan mengikut tahap ekonomi semasa.

Armizan berkata usaha pembasmian kemiskinan ini sedang rancak dilaksanakan oleh kementerian agensi antaranya Inisiatif Pendapatan Rakyat oleh Kementerian Ekonomi), Sumbangan Tunai Rahmah (Kementerian Kewangan), Program Payung Rahmah (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) serta Program Rebat Bil Eletrik RM40 (Kementerian Tenaga dan Sumber Asli).

Mengulas lanjut, beliau berkata bagi menyediakan golongan miskin berhadapan dengan risiko tidak dijangka serta memastikan kebajikan terus terpelihara, pelan perlindungan insurans yang dikenali sebagai Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) telah diperluaskan kepada semua KIR miskin tegar dan miskin seluruh negara.

Katanya, manfaat yang akan diterima sekiranya KIR meninggal dunia secara semula jadi adalah sebanyak RM10,000.

Menurutnya, sekiranya KIR meninggal dunia akibat kemalangan, waris akan menerima RM25,000 dan bagi KIR yang mengalami kecacatan kekal (pelbagai punca) akan menerima RM10,000.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending