Connect with us

Terkini

Jumlah kematian akibat tibi meningkat 12 peratus – Dr Zaliha

Jumlah kematian akibat penyakit tibi di negara ini pada tahun 2022 adalah sebanyak 2,572 kes dengan kadar kematian 7.9 setiap 100,000 penduduk.

Wartawan TMT

Published

on

Jumlah kematian akibat tibi meningkat 12 peratus - Dr Zaliha
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jumlah kematian akibat penyakit tibi di negara ini pada tahun 2022 adalah sebanyak 2,572 kes dengan kadar kematian 7.9 setiap 100,000 penduduk.
  • Jumlah itu meningkat sebanyak 284 kematian (12 peratus), berbanding 2,288 kematian dengan kadar kematian 6.9 setiap 100,000 penduduk pada tahun sebelumnya.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata jumlah kes penyakit tibi dalam negara pada tempoh sama juga meningkat 3,664 kes berbanding tahun sebelumnya.
  • Katanya, sebanyak 25,391 kes (kadar notifikasi 77.8 bagi setiap 100,000 penduduk) pada tahun 2022.
  • “WHO menganggarkan kadar insiden tibi bagi Malaysia adalah 97 setiap 100,000 penduduk,” katanya menerusi kenyataan sempena sambutan Hari Tibi Sedunia hari ini.

KUALA LUMPUR: Jumlah kematian akibat penyakit tibi di negara ini pada tahun 2022 adalah sebanyak 2,572 kes dengan kadar kematian 7.9 setiap 100,000 penduduk.

Jumlah itu meningkat sebanyak 284 kematian (12 peratus), berbanding 2,288 kematian dengan kadar kematian 6.9 setiap 100,000 penduduk pada tahun sebelumnya.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata jumlah kes penyakit tibi dalam negara pada tempoh sama juga meningkat 3,664 kes berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, sebanyak 25,391 kes (kadar notifikasi 77.8 bagi setiap 100,000 penduduk) pada tahun 2022.

Bagaimanapun, beliau berkata anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) jumlah kes tibi dalam negara lebih rendah berbanding sasaran pertubuhan berkenaan.

“WHO menganggarkan kadar insiden tibi bagi Malaysia adalah 97 setiap 100,000 penduduk,” katanya menerusi kenyataan sempena sambutan Hari Tibi Sedunia hari ini.

Penyakit tibi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Mycobacterium tuberculosis dan merebak melalui udara.

Majoriti jangkitan tibi membabitkan paru-paru (tibi pulmonari), namun organ lain juga boleh mendapat jangkitan seperti otak (TB meningitis), tulang (TB spine), kelenjar limfa (TB lymph node), usus (TB gut) dan lain-lain organ badan.

Tema bagi Hari Tibi Sedunia pada tahun ini adalah “Yes! We Can End TB!”.

Dr Zaliha berkata, tema ini memberi inspirasi dan harapan kepada negara dalam usaha dan strategi menamatkan epidemik tibi menjelang tahun 2035 melalui pembabitan kepimpinan peringkat tinggi bagi meningkatkan pelaburan dan bersama-sama menggembeling seluruh usaha, tenaga, kepakaran dan inovasi.

Sehubungan itu, katanya usaha bagi meningkatkan kadar pengesanan kes melalui saringan awal penyakit tibi perlu ditingkatkan.

Beliau berkata, bagi mengurangkan kematian individu yang mempunyai risiko tinggi dijangkiti penyakit tibi seperti kontak kepada kes tibi, pesakit HIV, penyakit buah pinggang kronik, penyakit pulmonari kronik (jenis obstruktif) dan perokok aktif dinasihatkan melakukan saringan penyakit tibi.

“Bagi mengurangkan komplikasi kematian, individu yang mempunyai tanda dan gejala penyakit tibi seperti batuk yang berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh pada waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah diminta menjalani pemeriksaan awal dan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.

“Rawatan bagi penyakit tibi paru-paru adalah kombinasi ubatan antibiotik anti-tibi yang perlu diambil setiap hari selama enam bulan.

“Individu yang dijangkiti tibi boleh sembuh dengan mengambil rawatan yang diberikan,” katanya.

Dr Zaliha berkata, pesakit yang berhenti mengambil rawatan dan enggan meneruskan rawatan boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan agar semua pesakit sentiasa mematuhi jadual rawatan yang ditetapkan dan berbincang dengan penyelia rawatan jika menghadapi sebarang masalah atau kesan sampingan ubatan.

“Sokongan ahli keluarga, majikan, rakan sekerja dan masyarakat memainkan peranan penting bagi memastikan pesakit tidak terhenti rawatan,” katanya.

Beliau berkata, salah faham berkaitan penyakit tibi serta stigma terhadap pesakit dan keluarga juga perlu dihentikan.

“Komitmen yang tinggi dari anggota kesihatan di samping kerjasama yang erat dari semua agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah amat diperlukan bagi mencapai hasrat Malaysia menamatkan tibi menjelang tahun 2035 menjadi kenyataan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tahanan rakyat Palestin Tebing Barat meningkat daripada 5,200 kepada 9,500 tahanan

Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.
  • Al Jazeera melaporkan jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding jumlah 5,200 penduduk Tebing Barat dipenjarakan sebelum insiden Israel melancarkan serangan ke atas Gaza.
  • Rakyat Palestin dilapor ditangkap kerana tindakan tidak berbahaya seperti menaikkan bendera Palestin atau siaran media sosial menyatakan empati terhadap mangsa serangan di Gaza.
  • Ramai ditahan di bawah “penahanan pentadbiran” (administrative detention), satu langkah digunakan Israel yang diwarisi daripada penjajah British yang menahan rakyat Palestin tanpa tuduhan atau proses perundangan selama-lamanya.
  • Rakyat Palestin dalam tahanan pentadbiran tidak dikongsi maklumat berkenaan situasi mereka, tidak diperjelaskan tuduhan ke atas mereka atau ‘bukti’ yang mengaitkan mereka.

Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.

Al Jazeera melaporkan jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding jumlah 5,200 penduduk Tebing Barat dipenjarakan sebelum insiden Israel melancarkan serangan ke atas Gaza.

Rakyat Palestin dilapor ditangkap kerana tindakan tidak berbahaya seperti menaikkan bendera Palestin atau siaran media sosial menyatakan empati terhadap mangsa serangan di Gaza.

Ramai ditahan di bawah “penahanan pentadbiran” (administrative detention), satu langkah digunakan Israel yang diwarisi daripada penjajah British yang menahan rakyat Palestin tanpa tuduhan atau proses perundangan selama-lamanya.

Rakyat Palestin dalam tahanan pentadbiran tidak dikongsi maklumat berkenaan situasi mereka, tidak diperjelaskan tuduhan ke atas mereka atau ‘bukti’ yang mengaitkan mereka.

Mereka yang ditangkap dan ditahan semula selepas 7 Oktober tahun lalu dikenakan layanan lebih tidak berperikemanusiaan daripada apa yang dihadapi penduduk Palestin di penjara Israel pada masa lalu.

Warga Palestin yang pernah ditahan di bawah tahanan pentadbiran, Nada, 24, memberitahu Al Jazeera pengalamannya.

Beliau berdepan situasi sama teruk dalam penahanan kali keduanya. Matanya ditutup untuk tempoh yang lama setiap hari, dihalang daripada ke tandas atau mandi oleh pengawal yang akan bertindak menghinanya, dan memberikan gelaran kepadanya seperti “anjing”.

“Mereka tidak melayan kamu seperti manusia di dalam penjara. Mereka melayan kamu seperti haiwan,” kata Nada. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending