Antarabangsa
(VIDEO) ‘Judea dan Samaria’ nama pengganti Tebing Barat, cubaan Israel lenyap identiti Palestin
Israel didakwa menggantikan ungkapan ‘Tebing Barat’ dengan ‘Judea dan Samaria’, sebagai muslihat melenyapkan identiti Tebing Barat terutama di kawasan diduduki Israel.

- Israel didakwa menggantikan ungkapan ‘Tebing Barat’ dengan ‘Judea dan Samaria’, sebagai muslihat melenyapkan identiti Tebing Barat terutama di kawan diduduki Israel.
- Penggunaan istilah itu dalam dokumen rasmi Israel menimbulkan kebimbangan warga Palestin bahawa Israel sudah mulakan usaha menggabungkan wilayah itu menjadi sebahagian jajahannya, sekali gus menyingkirkan penduduk Palestin di sana.
- Ia dilakukan dengan memintas halangan birokrasi, pentadbiran dan politik bagi meningkatkan kehadiran Israel serta mengabaikan tekanan luar ketika dia berusaha untuk menundukkan kawasan itu kepada undang-undang Israel.
- “Pendudukan Tebing Barat oleh Israel mungkin tidak menjejaskan kehidupan tiga juta rakyat Palestin, tetapi akan menjejaskan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dari segi politik dan undang-undang.” – Pakar Palestin dalam hal ehwal Israel, Ismat Mansour
- “Desakan PA menggesa penyelesaian dua negara selama ini akan menjadikan Tebing Barat tidak boleh dirundingkan lagi jika wilayah diduduki itu tertakluk kepada undang-undang Israel dan bukan lagi bidang kuasa PA,” katanya.
RAMALLAH: Israel didakwa menggantikan ungkapan ‘Tebing Barat’ dengan ‘Judea dan Samaria’, sebagai muslihat melenyapkan identiti Tebing Barat terutama di kawasan diduduki Israel.
Penggunaan istilah itu dalam dokumen rasmi Israel menimbulkan kebimbangan warga Palestin bahawa Israel sudah mulakan usaha menggabungkan wilayah itu menjadi sebahagian jajahannya, sekali gus menyingkirkan penduduk Palestin di sana.
Pakar Palestin dalam hal ehwal Israel, Ismat Mansour, berkata Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, sedang melaksanakan rancangan ‘menawan’ selepas menduduki Tebing Barat.
View this post on Instagram
Ia dilakukan dengan memintas halangan birokrasi, pentadbiran dan politik bagi meningkatkan kehadiran Israel serta mengabaikan tekanan luar ketika dia berusaha untuk menundukkan kawasan itu kepada undang-undang Israel.
Mansour berkata, pendudukan Tebing Barat oleh Israel mungkin tidak menjejaskan kehidupan tiga juta rakyat Palestin, tetapi sudah tentu akan menjejaskan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dari segi politik dan undang-undang.
Ini kerana wilayah yang sama terbabit dalam pelan damai dua negara Israel dan Palestin, namun pencerobohan regim Yahudi itu bermakna sempadan asal yang dipersetujui serta dirundingkan kini sudah dicabuli.
“Malah, desakan PA menggesa penyelesaian dua negara selama ini akan menjadikan Tebing Barat tidak boleh dirundingkan lagi jika wilayah diduduki itu tertakluk kepada undang-undang Israel dan bukan lagi bidang kuasa PA,” katanya.
Lebih daripada 650,000 peneroka Israel tinggal di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, manakala Kawasan C membentuk kira-kira 60 peratus daripada Tebing Barat.
Sumber mengatakan bahawa pihak berkuasa tentera Israel menggunakan “Briged Judea dan Samaria,” istilah ketenteraan untuk Tebing Barat, yang digunakan regim Yahudi sejak 55 tahun yang lalu.
Malah, pemandu Palestin mengatakan bahawa saman yang dikeluarkan oleh polis trafik Israel jika berlaku kesalahan ketika perjalanan antara bandar-bandar Palestin, kini tertera logo ‘Gabenor Judea dan Samaria’ termasuk di Tebing Barat di bawah pentadbiran PA.
Pada masa sama, penduduk Palestin mendakwa papan tanda jalan di beberapa laluan dan nama tempat turut ditukar kepada nama baharu.
Penganalisis politik Palestin, Ghassan Al-Khatib, memberitahu Arab News bahawa Smotrich sedang mengambil langkah kecil secara berselindung ke arah pendudukan rasmi, dalam menghadapi tekanan antarabangsa.
Langkah Smotrich yang bertujuan untuk menggabungkan Kawasan C kepada Israel, seharusnya membimbangkan PA kerana secara terang-terangan mensabotaj penyelesaian dua negara.
Wartawan Israel, Dana Ben Shimon, dari Israel Today, berkata Smotrich juga mahu memindahkan kuasa pentadbiran awam terhadap peneroka di Tebing Barat daripada Pasukan Pertahanan Israel (IDF) kepada kementerian di Israel.
Muslihat ini menjadi isyarat lembut beliau menyatakan bahawa Israel sebenarnya bukan menduduki wilayah itu, sebaliknya mereka adalah pemilik tanah itu (Tebing Barat).
Ben Shimon berkata, Smotrich mahu kementerian kerajaan mengawal pengurusan penempatan Israel di Tebing Barat dan peneroka yang dianggap warga Israel serta berharap untuk menggabungkan penempatan itu dengan Israel dan Kawasan C.
Penganalisis politik Israel, Yoni Ben Menachem, percaya bahawa Smotrich cuba menyamakan hak peneroka di Tebing Barat dengan hak warga Israel yang lain. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

- Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
- Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
- Keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
- Panel Dewan mendengar pengalaman diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang berkongsi dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa sepanjang berada di dalam kem tersebut.
WASHINGTON: Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
Ahli Kongres, Mike Gallagher yang juga Pengerusi Republikan Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan mengenai Parti Komunis China (PKC), memberitahu pemberita sebelum perbicaraan, keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
China bersungguh-sungguh menafikan penderaan di Xinjiang dan berkata, ia menubuhkan ‘pusat latihan vokasional’ untuk membendung keganasan, pemisahan dan radikalisme agama.
Perbicaraan itu adalah yang terbaru dalam siri acara yang dirancang untuk dua tahun akan datang, manakala Republikan yang mengawal Dewan Perwakilan untuk meyakinkan rakyat Amerika, bahawa mereka perlu mengambil berat untuk menyaingi China dan untuk ‘memisahkan secara terpilih’ ekonomi negara.
Panel Dewan mendengar pengalaman yang diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang bercakap melalui penterjemah, apa yang dikatakannya selama bertahun-tahun di kem di mana dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa.
Etnik Uzbekistan, Qelbinur Sidik yang ditugaskan sebagai guru di kem sedemikian melalui penterjemah, turut menggambarkan keadaan seperti penjara yang menurutnya tahanan menghadapi penyeksaan dan soal siasat.
Kedua-dua wanita itu berjaya melakukan perjalanan ke Eropah dan kini mereka menetap di sana.
Keterangan juga didengar daripada peguam terkemuka Amerika Uyghur, Nury Turkel dan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang berusaha mendokumentasikan tahap kem tahanan di Xinjiang dan Naomi Kikoler dari Muzium Memorial Holocaust AS.
Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu, berkata saksi yang dirancang jawatankuasa itu telah ‘mencipta pembohongan berkaitan Xinjiang’ berdasarkan motif politik tersembunyi.
“Kami berharap rakyat Amerika dapat mengenali wajah sebenar pasukan anti-China ini dan tidak terpedaya dengan khabar angin dan pembohongan,” kata Liu sambil menambah, hak asasi manusia semua kumpulan etnik di Xinjiang sudah ‘dilindungi sepenuhnya’.
Kerajaan AS dan parlimen di Britain, Kanada dan negara lain menyifatkan pencegahan kelahiran dan dasar penahanan besar-besaran China di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu menyatakan China mungkin sudah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di rantau itu.
Jawatankuasa dwipartisan tidak akan menulis undang-undang tetapi akan membuat cadangan dasar, pada garis masa keras terhadap China adalah salah satu daripada beberapa dasar dengan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS yang sangat berpecah belah.
Kikoler dari muzium holocaust berkata, kerajaan China menggunakan taktik halus untuk ‘memusnahkan orang Uyghur dengan sengaja’ termasuk pengawasan dan penahanan besar-besaran, penyeksaan, pemindahan kanak-kanak dan mengehadkan kelahiran.
Zenz berkata, walaupun kerajaan China mengatakan pihaknya menutup kem di Xinjiang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia adalah pusat ‘pendidikan semula’ keselamatan rendah, selain ada perluasan serentak penjara dengan keselamatan lebih tinggi atau kemudahan buruh paksa.
“Kita boleh mengandaikan ratusan ribu sudah dipindahkan ke kemudahan ini, yang telah diperluaskan secara dramatik,” katanya sambil menyatakan terdapat tanda-tanda tahanan beramai-ramai memuncak pada 2018. – REUTERS
Sumber: Berita Harian
-
Antarabangsa2 days ago
10 hakim berdepan hukuman mati di Arab Saudi
-
Terkini2 days ago
Larangan ke gereja adalah manifestasi disiplin Islam
-
Antarabangsa2 days ago
Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
-
Antarabangsa2 days ago
Peguam nafi Zakir Naik diusir dari Oman