Terkini
Jawatankuasa khas semak, kaji dasar pendidikan tinggi sedang dibentuk – KPT
Timbalan menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, penubuhan jawatankuasa bertujuan untuk melakukan reformasi pendidikan tinggi negara.
- Penubuhan jawatankuasa khas tersebut dilakukan sebagai usaha kementerian untuk melakukan reformasi pendidikan tinggi negara. – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal
- “Matlamat dan mandat utama jawatankuasa tersebut adalah untuk melihat kekurangan, kelemahan, malah kekuatan dasar sedia ada dan seterusnya memberikan saranan serta pandangan mereka.
- “Dasar yang dilihat sudah tidak relevan akan dihentikan. Begitu juga, dasar-dasar yang dilihat lemah akan ditambah baik dan diperkemas. Dasar baharu yang dilihat relevan dan perlu berdasarkan cabaran dan perkembangan semasa akan dicadangkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) tentang langkah dilaksanakan KPT bagi merealisasikan reformasi pendidikan dalam kalangan institusi pengajian tinggi di negara ini.
KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ketika ini sedang membentuk satu jawatankuasa khas yang akan bertanggungjawab membuat semakan dan kajian mendalam ke atas dasar pendidikan tinggi nasional.
Timbalan menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, penubuhan jawatankuasa khas tersebut dilakukan sebagai usaha kementerian untuk melakukan reformasi pendidikan tinggi negara.
“Matlamat dan mandat utama jawatankuasa tersebut adalah untuk melihat kekurangan, kelemahan, malah kekuatan dasar sedia ada dan seterusnya memberikan saranan serta pandangan mereka.
“Dasar yang dilihat sudah tidak relevan akan dihentikan. Begitu juga, dasar-dasar yang dilihat lemah akan ditambah baik dan diperkemas. Dasar baharu yang dilihat relevan dan perlu berdasarkan cabaran dan perkembangan semasa akan dicadangkan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) yang ingin tahu apakah langkah yang akan dilaksanakan KPT untuk merealisasikan reformasi pendidikan di kalangan institusi pengajian tinggi di negara ini.
Tambah Mohammad Yusof, keahlian jawatankuasa yang bakal dilantik melibatkan tokoh dalam pendidikan tinggi dan tokoh terkemuka industri yang boleh menyumbang idea serta buah fikiran bernas secara holistik bagi meningkatkan kualiti dan prestasi penyampaian pendidikan tinggi.
“Jawatankuasa itu juga akan diperuntukkan masa tiga bulan untuk mengemukakan dapatan dan saranan penambahbaikan yang bakal menjadi asas pembangunan pelan induk pendidikan tinggi negara.
“KPT telah mengutarakan 11 azam yang akan menjadi fokus utama kementerian dalam melonjakkan sektor pendidikan tinggi negara.
“Antara fokus yang telah disenaraikan antara lain memastikan hala tuju dan aspirasi nasional diberikan perhatian oleh IPT kita, memperkasa mahasiswa dengan memberikan gerakan mahasiswa lebih banyak tanggungjawab dan peranan khususnya dalam hal yang melibat aktivisme dan kepimpinan mahasiswa,” ujarnya.
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times