Connect with us

Antarabangsa

Isu Palestin, AS selar kenyataan menteri Kewangan Israel

Amerika Syarikat (AS) menyelar kenyataan Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich yang seolah-olah cuba menafikan kewujudan rakyat Palestin dan menyifatkan kenyataan itu “tidak tepat” dan “berbahaya.”

Wartawan TMT

Published

on

Isu Palestin, AS selar kenyataan menteri Kewangan Israel
Foto: Jurucakap Jabatan Negara, Vedant Patel.
  • Amerika Syarikat (AS) menyelar kenyataan Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich seolah-olah cuba menafikan kewujudan rakyat Palestin dan menyifatkan kenyataan itu tidak tepat dan berbahaya.
  • Jurucakap Jabatan Negara, Vedant Patel berkata kenyataan itu sangat membimbangkan dan berbahaya.
  • “Rakyat Palestin mempunyai sejarah dan budaya yang kaya dan Amerika Syarikat sangat menghargai perkongsiannya dengan rakyat Palestin,” katanya.

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyelar kenyataan Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich yang seolah-olah cuba menafikan kewujudan rakyat Palestin dan menyifatkan kenyataan itu “tidak tepat” dan “berbahaya.”

Jurucakap Jabatan Negara Vedant Patel berkata: “kenyataan itu sangat membimbangkan dan berbahaya.”

“Rakyat Palestin mempunyai sejarah dan budaya yang kaya dan Amerika Syarikat sangat menghargai perkongsiannya dengan rakyat Palestin,” kata Patel kepada pemberita di Jabatan Negara, lapor Agensi Anadolu.

Ketika berucap di Paris pada Ahad, Smotrich menafikan kewujudan rakyat Palestin dengan berkata:” rakyat Palestin merupakan “ciptaan” dari abad lalu dan orang seperti dirinya dan datuk neneknya adalah “orang Palestin sebenar”.

Menteri berkenaan dilaporkan membuat kenyataan itu dari podium yang dihiasi peta “Israel yang lebih besar” termasuk wilayah Palestin yang diduduki dan Jordan.

Patel berkata peta itu tidak tepat dan provokatif.

Mengenai pindaan yang baru diluluskan di parlimen Israel yang membenarkan penduduk Israel mendirikan semula kediaman di empat pos haram Israel di Tebing Barat yang diduduki, Patel berkata undang-undang itu akan mencetuskan lagi ketegangan dan menjadikan rundingan penyelesaian semakin sukar dicapai dan jelas bercanggah dengan ikrar yang dibuat oleh Israel.

“AS sekeras-kerasnya menggesa Israel supaya mengelak daripada membenarkan pendatang kembali ke kawasan berkenaan, selaras dengan komitmen bekas Perdana Menteri Sharon dan kerajaan Israel kepada Amerika Syarikat,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

Transgender diharamkan sertai pertandingan puisi di Russia

Sebuah pertandingan puisi Russia melarang transgender menghantar penyertaan pada tahun ini dalam apa yang dikatakan sebagai usaha untuk melindungi nilai tradisional.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah pertandingan puisi Russia melarang transgender menghantar penyertaan pada tahun ini dalam apa yang dikatakan sebagai usaha untuk melindungi nilai tradisional.
  • Andrei Dementyev All-Russian Poetry Prize dianjurkan Kerajaan Wilayah Tver di barat Russia menerima permohonan hingga akhir April ini daripada penyair “tanpa mengira kewarganegaraan, profesion dan tempat tinggal”.
  • Bagaimanapun, mengikut peraturan disiarkan di laman web pertubuhan puisi tempatan, pertandingan itu secara jelas menyekat “warganegara yang menukar jantina mereka”. 
  • Penganjur pertandingan dipetik Reuters berkata, langkah itu adalah usaha untuk “memelihara idea perkahwinan, keluarga, keibuan, keibubapaan dan zaman kanak-kanak yang tradisional bagi masyarakat Russia”.
  • Di bawah pentadbiran Presiden Vladimir Putin, Russia terlibat dalam tindakan keras terhadap hak LGBTQ, menggambarkan mereka sebagai ciptaan Barat yang mengancam nilai tradisional Russia.
  • Russia tahun lalu mengharamkan pembedahan perubahan jantina dan terapi hormon dan melarang golongan transgender daripada mengambil atau mengasuh kanak-kanak.

Sebuah pertandingan puisi Russia melarang transgender menghantar penyertaan pada tahun ini dalam apa yang dikatakan sebagai usaha untuk melindungi nilai tradisional.

Andrei Dementyev All-Russian Poetry Prize dianjurkan Kerajaan Wilayah Tver di barat Russia menerima permohonan hingga akhir April ini daripada penyair “tanpa mengira kewarganegaraan, profesion dan tempat tinggal”.

Bagaimanapun, mengikut peraturan disiarkan di laman web pertubuhan puisi tempatan, pertandingan itu secara jelas menyekat “warganegara yang menukar jantina mereka”. 

Penganjur pertandingan dipetik Reuters berkata, langkah itu adalah usaha untuk “memelihara idea perkahwinan, keluarga, keibuan, keibubapaan dan zaman kanak-kanak yang tradisional bagi masyarakat Russia”.

Pertandingan sebelum ini tidak menetapkan larangan ke atas peserta transgender, lapor saluran berita bebas Russia, Mediazona.

Di bawah pentadbiran Presiden Vladimir Putin, Russia terlibat dalam tindakan keras terhadap hak LGBTQ, menggambarkan mereka sebagai ciptaan Barat yang mengancam nilai tradisional Russia.

Russia pada tahun lalu mengharamkan pembedahan perubahan jantina dan terapi hormon dan melarang golongan transgender daripada mengambil atau mengasuh kanak-kanak. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending