Connect with us

Antarabangsa

Israel makin agresif tangkap rakyat Palestin menjelang Ramadan

Menjelang Ramadan Khamis ini, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) giat menjalankan kempen menangkap warga Palestin susulan insiden dua lelaki Israel cedera dalam serangan di bandar Huwara, Tebing Barat pada Ahad.

Wartawan TMT

Published

on

Israel makin agresif tangkap rakyat Palestin menjelang Ramadan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menjelang Ramadan Khamis ini, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) giat menjalankan kempen menangkap warga Palestin susulan insiden dua lelaki Israel cedera dalam serangan di bandar Huwara, Tebing Barat pada Ahad.
  • Tindakan IDF itu berlaku beberapa jam selepas berakhirnya pertemuan Sharm El-Sheikh antara pegawai Israel dan Palestin, yang dipantau Mesir serta dihadiri Jordan dan AS.
  • Awal pagi Isnin, IDF menyerbu beberapa bandar dan kampung di wilayah Jenin, selain mempergiatkan keganasan mereka di sekitar Nablus, di utara Tebing Barat.
  • Polis Israel turut menahan beberapa aktivis Palestin di Baitulmaqdis Timur – beberapa hari sebelum bermulanya Ramadan.
  • Jurucakap ahli politik Israel, Elisha Yared menggesa supaya bandar Huwara di Palestin dihapuskan.

RAMALLAH, 28 Syaaban 1444H, Selasa – Menjelang Ramadan Khamis ini, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) giat menjalankan kempen menangkap warga Palestin susulan insiden dua lelaki Israel cedera dalam serangan di bandar Huwara, Tebing Barat pada Ahad.

Tindakan IDF itu berlaku beberapa jam selepas berakhirnya pertemuan Sharm El-Sheikh antara pegawai Israel dan Palestin, yang dipantau Mesir serta dihadiri Jordan dan Amerika Syarikat (AS).

Awal pagi Isnin, IDF menyerbu beberapa bandar dan kampung di wilayah Jenin, selain mempergiatkan keganasan mereka di sekitar Nablus, di utara Tebing Barat.

Polis Israel turut menahan beberapa aktivis Palestin di Baitulmaqdis Timur – beberapa hari sebelum bermulanya Ramadan.

Datuk Bandar Huwara, Muin Al-Dumaidi memaklumkan, tentera Israel dikerah secara besar-besaran di dalam bandar bagi menghalang pemilik kedai membuka perniagaan mereka.

“Penutupan bandar itu akan memusnahkan ekonomi Huwara dan memindahkan peniaga di sepanjang jalan utama menjelang Ramadan, kerana perdagangan membentuk fokus utama penduduk bandar itu,” kata Muin.

Beliau berkata, penutupan itu bertujuan memudahkan pergerakan penceroboh Israel yang melalui bandar berkenaan supaya tidak terhalang dengan kesesakan lalu lintas.

“Pemilik kedai terus menghubungi saya, bertanya bila mereka boleh dibenarkan membuka semula (kedai), namun saya tiada jawapan,” katanya.

Pada 26 Februari lalu, penceroboh Israel membakar lebih 40 rumah dan lebih 50 kenderaan di bandar itu.

Jurucakap ahli politik Israel, Elisha Yared menggesa supaya bandar Huwara di Palestin dihapuskan.

Sementara itu, penceroboh Israel terus menyerang penduduk Palestin di bahagian berlainan di Tebing Barat – seperti Jericho, Ramallah dan Nablus -.  Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

Harley Davidson dikecam taja acara LGBT kanak-kanak

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.
  • Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan kempen Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.
  • Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.
  • Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya.
  • Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan dasar Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.

Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.

Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya, lapor Daily Mail.

Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal itu dikatakan bekerjasama dengan kumpulan politik yang mendorong idea haluan kiri, termasuk Wisconsin LGBT Chamber of Commerce, United Way dan Kempen Hak Asasi Manusia.

Dengan apa berlaku, wang Harley-Davidson menurutnya mempromosikan prosedur perubahan jantina ke atas kanak-kanak.

Sekitar 1,800 pekerja turut diberikan latihan bagaimana menjadi ‘sekutu LGBTQ+’.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending