Connect with us

Antarabangsa

Haramkan amalan ibu tumpang seluruh dunia – Kumpulan antarabangsa

Sekumpulan peguam, doktor, pakar psikologi dan lain-lain dari lima benua berkumpul di Casablanca, Maghribi pada 3 Mac lalu menggesa pemansuhan semua undang-undang yang membenarkan atau bertolak ansur dengan ibu tumpang di seluruh dunia.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Haramkan amalan ibu tumpang seluruh dunia – Kumpulan antarabangsa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan peguam, doktor, pakar psikologi dan lain-lain dari lima benua berkumpul di Casablanca, Maghribi pada 3 Mac lalu menggesa amalan ibu tumpang diharamkan di seluruh dunia.
  • Kumpulan itu mengeluarkan dokumen ‘Pengisytiharan Antarabangsa untuk Penghapusan Ibu Tumpang Sejagat’ bertujuan meningkatkan kesedaran global tentang amalan yang dianggap sebagai melanggar maruah manusia itu.
  • “Hasilnya ialah wanita digunakan, dieksploitasi untuk melahirkan anak untuk pelanggan di pelbagai negara, dan kanak-kanak ini dipesan dan dihantar dalam pelaksanaan kontrak,” – Penganjur dan penyelaras utama, Aude Mirkovic.
  • Sehingga kini, tiada dokumen hitam putih menyebut amalan itu diterima pakai di peringkat antarabangsa.

Sekumpulan peguam, doktor, pakar psikologi dan lain-lain dari lima benua berkumpul di Casablanca, Maghribi pada 3 Mac lalu menggesa pemansuhan semua undang-undang yang membenarkan atau bertolak ansur dengan ibu tumpang di seluruh dunia.

Kumpulan itu mengeluarkan dokumen bertajuk ‘Pengisytiharan Antarabangsa untuk Penghapusan Ibu Tumpang Sejagat’ bertujuan meningkatkan kesedaran global tentang amalan yang dianggap sebagai melanggar maruah manusia itu.

Memetik laporan Catholic News Agency, cadangan untuk konvensyen antarabangsa turut disediakan bersama kenyataan itu kepada semua organisasi dan kerajaan yang ingin mengiktirafnya.

“Kami menyeru (negara) untuk mengutuk amalan ibu tumpang dalam semua cara dan jenis, sama ada diberi imbuhan atau tidak, dan pelaksanaan langkah-langkah untuk memerangi amalan tersebut,” demikian menurut dokumen ‘Deklarasi Casablanca’ itu.

Menurut Aude Mirkovic, pensyarah kanan undang-undang merangkap salah seorang penganjur dan penyelaras utama inisiatif itu, satu isu utama dihadapi negara yang masih mengamalkan ibu tumpang ialah syarikat komersial asing diberi peluang untuk datang dan merekrut bakal pelanggan.

“Kami amat menyedari isu ini di Perancis kerana kami menyiasat secara agresif kebanyakan syarikat Ukraine dan Amerika yang datang untuk menjual perkhidmatan mereka kepada kami tanpa dikenakan hukuman; kita biarkan saja.

“Hasilnya ialah wanita digunakan, dieksploitasi untuk melahirkan anak untuk pelanggan di pelbagai negara, dan kanak-kanak ini dipesan dan dihantar dalam pelaksanaan kontrak,” kata Mirkovic.

“Belum lagi kerosakan kepada pertalian, perpisahan daripada wanita yang melahirkan mereka, yang sengaja mendedahkan mereka kepada luka ditinggalkan,” kata Mirkovic.

Amalan ibu tumpang ialah apabila janin hasil pensenyawaan luar rahim ditempatkan dalam rahim wanita lain (ibu tumpang) untuk dikandungkan dan dilahirkan bagi pihak pasangan suami isteri yang tidak mampu mengandung sendiri.

Sehingga kini, tiada dokumen hitam putih yang menyebut amalan itu diterima pakai di peringkat antarabangsa.

Walaupun amalan itu dibenarkan di beberapa negara, masih banyak negara mengekalkan ketidakpastian dalam isu tersebut, terutamanya berkaitan pengiktirafan anak yang dilahirkan ibu tumpang di luar negara.

Sumber: Catholic News Agency

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending