Antarabangsa
Florida haramkan rawatan untuk kanak-kanak kecelaruan jantina
Bermula Khamis, kerajaan negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) mengharamkan pemberian rawatan kepada kanak-kanak yang menghadapi disforia jantina atau kecelaruan jantina.

- Florida mengharamkan pemberian rawatan kepada kanak-kanak yang menghadapi disforia jantina atau kecelaruan jantina.
- Larangan pembedahan dan rawatan menukar jantina seperti pil pencegahan akil baligh dan terapi hormon untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.
- Ia juga melarang doktor dan pegawai perubatan daripada memberikan pil pencegahan akil baligh, rawatan hormon atau pembedahan transgender untuk kanak-kanak.
- Di bawah usul Senat, individu yang “sengaja atau secara aktif terlibat” akan menghadapi tuduhan jenayah, manakala cadangan Dewan hanya meminta lesen doktor yang terlibat ditarik semula.
FLORIDA – Bermula Khamis, kerajaan negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) mengharamkan pemberian rawatan kepada kanak-kanak yang menghadapi disforia jantina atau kecelaruan jantina.
Disforia jantina merupakan terma perubatan untuk “individu mengalami ketidakselesaan atau kesusahan antara jantina biologi dengan identiti jantina.”
News4JAX melaporkan Lembaga Perubatan Florida pertama kali mencadangkan peraturan itu tahun lalu dan secara rasmi berkuatkuasa pada 16 Mac ini.
Ia melarang sebarang pembedahan dan rawatan menukar jantina seperti pil pencegahan akil baligh dan terapi hormon untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Prosedur rawatan yang dijalankan sebelum Khamis layak untuk diteruskan.
Larangan itu merupakan salah satu cabang dalam rang undang-undang berkaitan rawatan transgender yang diluluskan komuniti perundangan Florida pada Isnin.
Undang-undang (SB 254) melarang doktor dan pegawai perubatan daripada memberi pil pencegahan akil baligh, rawatan hormon atau pembedahan transgender untuk kanak-kanak di bawah umur. Ia juga melarang dana negara digunakan untuk menampung penjagaan orang dewasa yang menghadapi kecelaruan jantina.
Senat merancang untuk menjadikan undang-undang yang baru diluluskan Lembaga Perubatan Florida dan Perubatan Osteopat Florida itu sebagai garis panduan untuk undang-undang negeri. Pentadbiran DeSantis meminta lembaga itu untuk menandatangani peraturan tersebut.
Namun cadangan Senat dan Dewan berkaitan adalah melampaui garis panduan. Di bawah usul Senat, individu yang “sengaja atau secara aktif terlibat” akan menghadapi tuduhan jenayah, manakala cadangan Dewan hanya meminta lesen doktor terlibat ditarik semula.
Langkah diambil Senat juga memerlukan hospital dan pusat pembedahan ambulatori untuk menyediakan “perakuan” tahunan bahawa mereka tidak menyediakan penjagaan pengesahan jantina kepada kanak-kanak bawah umur atau menawarkan rujukan untuk perkhidmatan itu.
Berpuluh-puluh transgender, ibu bapa dengan anak-anak transgender serta penyokong mereka berkumpul di komuniti Senat pada Isnin untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap undang-undang itu.
Mereka berkata peraturan itu akan menyebabkan kadar bunuh diri, kemurungan dan kebimbangan meningkat serta akan membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.
Terdapat 18 rang undang-undang berkaitan penjagaan transgender yang difailkan untuk pertimbangan bagi sesi perundangan semasa.
Sumber: News4JAX
Antarabangsa
Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

- Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
- Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
- Keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
- Panel Dewan mendengar pengalaman diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang berkongsi dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa sepanjang berada di dalam kem tersebut.
WASHINGTON: Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
Ahli Kongres, Mike Gallagher yang juga Pengerusi Republikan Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan mengenai Parti Komunis China (PKC), memberitahu pemberita sebelum perbicaraan, keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
China bersungguh-sungguh menafikan penderaan di Xinjiang dan berkata, ia menubuhkan ‘pusat latihan vokasional’ untuk membendung keganasan, pemisahan dan radikalisme agama.
Perbicaraan itu adalah yang terbaru dalam siri acara yang dirancang untuk dua tahun akan datang, manakala Republikan yang mengawal Dewan Perwakilan untuk meyakinkan rakyat Amerika, bahawa mereka perlu mengambil berat untuk menyaingi China dan untuk ‘memisahkan secara terpilih’ ekonomi negara.
Panel Dewan mendengar pengalaman yang diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang bercakap melalui penterjemah, apa yang dikatakannya selama bertahun-tahun di kem di mana dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa.
Etnik Uzbekistan, Qelbinur Sidik yang ditugaskan sebagai guru di kem sedemikian melalui penterjemah, turut menggambarkan keadaan seperti penjara yang menurutnya tahanan menghadapi penyeksaan dan soal siasat.
Kedua-dua wanita itu berjaya melakukan perjalanan ke Eropah dan kini mereka menetap di sana.
Keterangan juga didengar daripada peguam terkemuka Amerika Uyghur, Nury Turkel dan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang berusaha mendokumentasikan tahap kem tahanan di Xinjiang dan Naomi Kikoler dari Muzium Memorial Holocaust AS.
Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu, berkata saksi yang dirancang jawatankuasa itu telah ‘mencipta pembohongan berkaitan Xinjiang’ berdasarkan motif politik tersembunyi.
“Kami berharap rakyat Amerika dapat mengenali wajah sebenar pasukan anti-China ini dan tidak terpedaya dengan khabar angin dan pembohongan,” kata Liu sambil menambah, hak asasi manusia semua kumpulan etnik di Xinjiang sudah ‘dilindungi sepenuhnya’.
Kerajaan AS dan parlimen di Britain, Kanada dan negara lain menyifatkan pencegahan kelahiran dan dasar penahanan besar-besaran China di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu menyatakan China mungkin sudah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di rantau itu.
Jawatankuasa dwipartisan tidak akan menulis undang-undang tetapi akan membuat cadangan dasar, pada garis masa keras terhadap China adalah salah satu daripada beberapa dasar dengan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS yang sangat berpecah belah.
Kikoler dari muzium holocaust berkata, kerajaan China menggunakan taktik halus untuk ‘memusnahkan orang Uyghur dengan sengaja’ termasuk pengawasan dan penahanan besar-besaran, penyeksaan, pemindahan kanak-kanak dan mengehadkan kelahiran.
Zenz berkata, walaupun kerajaan China mengatakan pihaknya menutup kem di Xinjiang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia adalah pusat ‘pendidikan semula’ keselamatan rendah, selain ada perluasan serentak penjara dengan keselamatan lebih tinggi atau kemudahan buruh paksa.
“Kita boleh mengandaikan ratusan ribu sudah dipindahkan ke kemudahan ini, yang telah diperluaskan secara dramatik,” katanya sambil menyatakan terdapat tanda-tanda tahanan beramai-ramai memuncak pada 2018. – REUTERS
Sumber: Berita Harian
-
Antarabangsa2 days ago
10 hakim berdepan hukuman mati di Arab Saudi
-
Terkini2 days ago
Larangan ke gereja adalah manifestasi disiplin Islam
-
Antarabangsa2 days ago
Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
-
Antarabangsa2 days ago
Peguam nafi Zakir Naik diusir dari Oman