Connect with us

Terkini

Dakwaan fitnah Muhyiddin, Razali BERSATU lapor polis terhadap Anwar, Zahid

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris semalam membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung fitnah serta dakwaan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Wartawan TMT

Published

on

Dakwaan fitnah Muhyiddin, Razali BERSATU lapor polis terhadap Anwar, Zahid
Foto: Datuk Razali Idris di Balai Polis Presint 7, Putrajaya.
  • Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris semalam membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung fitnah serta dakwaan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Antara tindakan diambil Pakatan Harapan (PH), termasuk membekukan akaun bank BERSATU dan mendakwa serta mengheret kepemimpinan parti berkenaan ke mahkamah.
  • “Pada 6 Disember 2022, saya menonton televisyen Anwar sebagai Menteri Kewangan mendakwa kerajaan di bawah Muhyiddin menyeleweng RM600 billion pakej ekonomi.”
  • “Dakwaan itu jelas adalah fitnah dan tohmahan palsu apabila RM600 billion diturunkan kepada RM530 billion sehingga ke RM92.5 billion dan kemudiannya kepada RM4.5 billion sehingga akhirnya kepada RM300 juta saja.”
  • “Ahmad Zahid menerusi ucapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Januari lalu menyatakan akan wujud kluster mahkamah dalam kalangan pemimpin PN dan BERSATU meskipun siasatan penuh masih belum lengkap ketika itu,” katanya menerusi laporan polis yang dikongsikan semalam.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris semalam membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung fitnah serta dakwaan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Razali mendakwa, Anwar dan Ahmad Zahid serta sekutu mereka cuba menjatuhkan kepemimpinan PN dan BERSATU bagi melumpuhkan kekuatan politik gabungan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Antara tindakan diambil Pakatan Harapan (PH), termasuk membekukan akaun bank BERSATU dan mendakwa serta mengheret kepemimpinan parti berkenaan ke mahkamah.

“Pada 6 Disember 2022, saya menonton televisyen Anwar sebagai Menteri Kewangan mendakwa kerajaan di bawah Muhyiddin menyeleweng RM600 billion pakej ekonomi.

“Dakwaan itu jelas adalah fitnah dan tohmahan palsu apabila RM600 billion diturunkan kepada RM530 billion sehingga ke RM92.5 billion dan kemudiannya kepada RM4.5 billion sehingga akhirnya kepada RM300 juta saja.

“Ahmad Zahid menerusi ucapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Januari lalu menyatakan akan wujud kluster mahkamah dalam kalangan pemimpin PN dan BERSATU meskipun siasatan penuh masih belum lengkap ketika itu.

“Ini adalah bukti jelas menunjukkan wujud konspirasi jahat ke atas Muhyiddin, PN dan BERSATU,” katanya menerusi laporan polis yang dikongsikan semalam.

Advertisement

Razali yang juga Pengerusi BERSATU Terengganu mendakwa, Anwar menyalahgunakan kuasanya selaku Perdana Menteri ke-10 dengan menekan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan ke atas kepemimpinan BERSATU.

Katanya, tindakan itu bertujuan memberi persepsi yang buruk kepada parti berkenaan dan cuba menampakkan fitnah dan tohmahan mempunyai asas bagi menghancurkan PN.

“Saya membuat laporan polis untuk menghalang perbuatan jenayah dan mengekang penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin kerajaan yang menggunakan agensi penguatkuasa serta menyalahgunakan proses undang-undang demi kepentingan survival politik.

“Semua tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas PN, BERSATU, Muhyiddin dan kepemimpinan PN yang lain termasuk membekukan akaun BERSATU jelas menunjukkan konspirasi jahat dengan menyalahgunakan proses undang-undang dan bermotifkan pendakwaan politik.

“Tujuan sebenar Anwar, Ahmad Zahid dan pakatan mereka dalam PH adalah untuk menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat kepada PN.

“Ia juga bertujuan menjatuhkan maruah daripada parti yang bersih kepada korupsi dan rasuah yang akan meresahkan rakyat serta menghakis kepercayaan kepada PN khususnya bagi menghadapi PRN akan datang,” katanya.

Advertisement

Sumber: Berita Harian

Antarabangsa

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang

Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
Foto: Gulbahar Haitiwaji (kiri), Qelbinur Sidik (kanan).
  • Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
  • Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
  • Keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
  • Panel Dewan mendengar pengalaman diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang berkongsi dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa sepanjang berada di dalam kem tersebut.

WASHINGTON: Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.

Ahli Kongres, Mike Gallagher yang juga Pengerusi Republikan Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan mengenai Parti Komunis China (PKC), memberitahu pemberita sebelum perbicaraan, keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.

China bersungguh-sungguh menafikan penderaan di Xinjiang dan berkata, ia menubuhkan ‘pusat latihan vokasional’ untuk membendung keganasan, pemisahan dan radikalisme agama.

Perbicaraan itu adalah yang terbaru dalam siri acara yang dirancang untuk dua tahun akan datang, manakala Republikan yang mengawal Dewan Perwakilan untuk meyakinkan rakyat Amerika, bahawa mereka perlu mengambil berat untuk menyaingi China dan untuk ‘memisahkan secara terpilih’ ekonomi negara.

Panel Dewan mendengar pengalaman yang diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang bercakap melalui penterjemah, apa yang dikatakannya selama bertahun-tahun di kem di mana dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa.

Etnik Uzbekistan, Qelbinur Sidik yang ditugaskan sebagai guru di kem sedemikian melalui penterjemah, turut menggambarkan keadaan seperti penjara yang menurutnya tahanan menghadapi penyeksaan dan soal siasat.

Advertisement

Kedua-dua wanita itu berjaya melakukan perjalanan ke Eropah dan kini mereka menetap di sana.

Keterangan juga didengar daripada peguam terkemuka Amerika Uyghur, Nury Turkel dan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang berusaha mendokumentasikan tahap kem tahanan di Xinjiang dan Naomi Kikoler dari Muzium Memorial Holocaust AS.

Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu, berkata saksi yang dirancang jawatankuasa itu telah ‘mencipta pembohongan berkaitan Xinjiang’ berdasarkan motif politik tersembunyi.

“Kami berharap rakyat Amerika dapat mengenali wajah sebenar pasukan anti-China ini dan tidak terpedaya dengan khabar angin dan pembohongan,” kata Liu sambil menambah, hak asasi manusia semua kumpulan etnik di Xinjiang sudah ‘dilindungi sepenuhnya’.

Kerajaan AS dan parlimen di Britain, Kanada dan negara lain menyifatkan pencegahan kelahiran dan dasar penahanan besar-besaran China di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu menyatakan China mungkin sudah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di rantau itu.

Advertisement

Jawatankuasa dwipartisan tidak akan menulis undang-undang tetapi akan membuat cadangan dasar, pada garis masa keras terhadap China adalah salah satu daripada beberapa dasar dengan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS yang sangat berpecah belah.

Kikoler dari muzium holocaust berkata, kerajaan China menggunakan taktik halus untuk ‘memusnahkan orang Uyghur dengan sengaja’ termasuk pengawasan dan penahanan besar-besaran, penyeksaan, pemindahan kanak-kanak dan mengehadkan kelahiran.

Zenz berkata, walaupun kerajaan China mengatakan pihaknya menutup kem di Xinjiang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia adalah pusat ‘pendidikan semula’ keselamatan rendah, selain ada perluasan serentak penjara dengan keselamatan lebih tinggi atau kemudahan buruh paksa.

“Kita boleh mengandaikan ratusan ribu sudah dipindahkan ke kemudahan ini, yang telah diperluaskan secara dramatik,” katanya sambil menyatakan terdapat tanda-tanda tahanan beramai-ramai memuncak pada 2018. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending