Connect with us

Terkini

Cukai keuntungan modal hanya untuk saham bukan tersenarai – PM

Kerajaan memberi jaminan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal terhadap saham tidak tersenarai oleh syarikat hanya diputuskan selepas perbincangan lanjut dan menyeluruh dengan pemegang taruh, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Cukai keuntungan modal hanya untuk saham bukan tersenarai – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan memberi jaminan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal terhadap saham tidak tersenarai oleh syarikat hanya diputuskan selepas perbincangan lanjut dan menyeluruh dengan pemegang taruh. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Beliau berkata pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat untuk tawaran awam permulaan (IPO) diluluskan juga tidak akan tertakluk kepada Cukai Keuntungan Modal.
  • “Saya memberi komitmen kerajaan bahawa cukai ini hanya akan dimuktamadkan selepas pembabitan yang meluas dengan pihak berkepentingan; kedua, cukai ini tidak akan diperkenalkan ke atas saham tersenarai dan ketiga, pelupusan saham tidak tersenarai untuk IPO yang diluluskan juga tidak akan tertakluk kepada Cukai Keuntungan Modal,” katanya pada Invest Malaysia anjuran Bursa Malaysia dan Maybank hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal terhadap saham tidak tersenarai oleh syarikat hanya diputuskan selepas perbincangan lanjut dan menyeluruh dengan pemegang taruh, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga memberi jaminan cukai berkenaan, jika dilaksanakan kelak tidak membabitkan saham tersenarai.

Katanya, pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat untuk tawaran awam permulaan (IPO) diluluskan juga tidak akan tertakluk kepada Cukai Keuntungan Modal.

“Kami terbuka (dan berminat) untuk memenuhi keperluan syarikat dan pelabur dengan lebih baik. Saya difahamkan ada pihak yang mengambil berat berkenaan dengan pengumuman kerajaan untuk mengkaji Cukai Keuntungan Modal ke atas saham tidak tersenarai pada kadar yang rendah.

“Justeru, saya memberi komitmen kerajaan bahawa cukai ini hanya akan dimuktamadkan selepas pembabitan yang meluas dengan pihak berkepentingan; kedua, cukai ini tidak akan diperkenalkan ke atas saham tersenarai dan ketiga, pelupusan saham tidak tersenarai untuk IPO yang diluluskan juga tidak akan tertakluk kepada Cukai Keuntungan Modal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Invest Malaysia anjuran Bursa Malaysia dan Maybank, hari ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2023, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan Cukai Keuntungan Modal akan mula dilaksanakan mulai tahun depan membabitkan pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat.

Beliau berkata, kerajaan akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkaitan untuk meneliti perincian pelaksanaannya untuk 2024.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *