Connect with us

Antarabangsa

Chelsea FC buat pertama kali anjur majlis iftar di Stamford Bridge

Kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea buat pertama kalinya akan menganjurkan majlis buka puasa atau iftar di Stamford Bridge pada 26 Mac ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ziera Adurah

Published

on

Chelsea FC buat pertama kali anjur majlis iftar di Stamford Bridge
Foto: Stadium Bola Sepak Stamford Bridge di Fulham.
  • Chelsea buat pertama kalinya akan menganjurkan majlis buka puasa atau iftar di Stamford Bridge pada 26 Mac ini.
  • Penganjuran Buka Puasa Terbuka oleh Chelsea akan menjadi yang pertama pernah dianjurkan kelab itu dan yang pertama untuk Stadium Liga Perdana.
  • Mengiktiraf Ramadan dan komuniti Islam adalah aspek penting dalam usaha Chelsea mempromosikan toleransi beragama. – Ketua Chelsea Foundation, Simon Taylor.
  • Majlis Buka Puasa Terbuka itu merupakan kolaborasi dengan Ramadan Tent Project, sebuah badan amal ditubuhkan pada 2013 dengan misi untuk menyatukan masyarakat dan membangunkan pemahaman tentang Ramadan.

Kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea buat pertama kalinya akan menganjurkan majlis buka puasa atau iftar di Stamford Bridge pada 26 Mac ini.

Pengumuman pada Isnin dalam laman web kelab itu berkata iftar merupakan sebahagian daripada perkara dilakukan semasa bulan Ramadan yang akan berlangsung dari 22 Mac sehingga 21 April depan.

“Pada Ahad 26 Mac, penganjuran Buka Puasa Terbuka oleh Chelsea akan menjadi yang pertama pernah dianjurkan kelab bola sepak ini dan yang pertama untuk Stadium Liga Perdana.

“Beberapa masjid di sekitar dan ahli-ahli komuniti Islam Chelsea seperti penyokong dan pelajar sekolah akan dijemput untuk hadir bersama dengan kakitangan Chelsea FC,” kata Chelsea dalam pengumuman itu.

Ketua Chelsea Foundation, Simon Taylor berkata pihaknya teruja untuk menganjurkan majlis buka puasa terbuka itu.

“Saya teruja untuk mengumumkan Buka Puasa Terbuka dan Projek Khemah Ramadan, dan kami begitu bangga kerana menjadi kelab Liga Perdana pertama yang berbuat demikian.

“Mengiktiraf Ramadan dan komuniti Islam kita adalah aspek penting dalam usaha kami mempromosikan toleransi beragama dan saya mengalu-alukan semua orang pada hari Ahad 26 Mac ini,” kata Taylor.

Majlis Buka Puasa Terbuka itu merupakan kolaborasi dengan Ramadan Tent Project, sebuah badan amal ditubuhkan pada 2013 dengan misi untuk menyatukan masyarakat dan membangunkan pemahaman tentang Ramadan.

Chelsa FC bukanlah kelab bola sepak Inggeris pertama yang membuka premisnya untuk Muslim.

Dalam beberapa tahun kebelakangan, Blackburn Rovers FC beberapa kali menjemput keluarga-keluarga Muslim untuk menunaikan solat Aidiladha di Ewood Park.

Sumber: About Islam

Author